web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ismail Sabri, Beberapa Menteri Bertemu PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2021 1:12PM

Ismail Sabri meninggalkan kediaman Muhyiddin selepas mengadakan pertemuan selama beberapa jam di Bukit Damansara, tengahari tadi. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas beberapa jam mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dilihat beredar meninggalkan kediaman beliau di Bukit Damansara kira-kira 12.45 petang tadi,

Turut kelihatan ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan serta Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Mereka bagaimanapun tidak memberikan sebarang komen kepada media yang menunggu di luar.

Takiyuddin beredar meninggalkan kediaman Muhyiddin selepas mengadakan pertemuan di Bukit Damansara, hari ini.
Takiyuddin beredar meninggalkan kediaman Muhyiddin selepas mengadakan pertemuan di Bukit Damansara, hari ini.

Terdahulu, pagi tadi beberapa kenderaan membawa menteri dan Peguam Negara memasuki kawasan rumah Perdana Menteri pada pukul 9.40 pagi.

Pertemuan itu diadakan susulan pengumuman UMNO awal pagi ini memutuskan untuk menarik balik dan menamatkan sokongan serta-merta terhadap Muhyiddin.

Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) malam tadi yang berlangsung secara maya selama lebih empat jam, bermula 8.30 malam.

Katanya keputusan berkenaan dicapai susulan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional (PN) memenuhi tujuh pra syarat yang ditetapkan UMNO sewaktu Muhyiddin menjadi Perdana Menteri pada 1 Mac 2020. - Getaran, 8 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan