web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Dera Remaja OKU: Rumah Kebajikan Masih Dalam Proses Pendaftaran Dengan JKM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 08 Jul 2021 5:04PM

Remaja OKU ini dipercayai didera dan kesnya kini dalam siasatan polis.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN -  Rumah kebajikan milik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Kuala Lumpur yang didiami remaja perempuan sindrom Down yang dipercayai didera baru-baru ini didapati masih belum berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata pihaknya dimaklumkan pengurusan rumah berkenaan telah membuat permohonan dan sedang dalam proses pendaftaran.

Bagaimanapun, katanya kelulusan untuk menjadikan remaja orang kurang upaya (OKU) berusia 13 tahun itu sebagai anak angkat sebelum ini diberikan kepada individu, bukannya rumah kebajikan itu.

“Hak yang kita bagi bukan kepada NGO itu tetapi kepada individu, sekarang ini masih ada penghuni di situ dan pegawai JKM mengadakan pemantauan setiap hari dan menunggu perintah mahkamah dan hasil siasatan pihak polis,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke Taman Sinar Harapan (TSH) Tuanku Ampuan Najihah di sini hari ini.

Menurutnya, mana-mana individu yang memohon untuk mengambil anak angkat di JKM perlu melepasi syarat ketat yang ditetapkan dan mereka yang benar-benar layak sahaja diberi hak penjagaan.

Rina berkata sekiranya pemilik rumah jagaan itu disabitkan bersalah atas kesalahan terbabit, penghuni di rumah kebajikan itu akan diserahkan kepada waris mereka jika ada atau ditempatkan di pusat jagaan JKM.

“Polis sekarang tengah kumpul bukti dan saya harap ia dapat diselesaikan dengan segera, sekiranya ada unsur penderaan, maka pelaku perlu diberikan hukuman setimpal supaya ia menjadi pengajaran kepada orang lain,” katanya.

Dalam pada itu beliau berkata remaja perempuan itu kini diserahkan penjagaannya kepada TSH di bawah JKM dan dipantau dari aspek kesihatan dan emosi supaya kembali sihat seperti sedia kala.

“Remaja ini dulu memang berada di bawah JKM, kita lihat tahap kurang upayanya rendah dan dia boleh berdikari, jadi bila ada permohonan dan kita lihat ada individu yang memohon layak dan sesuai menjaganya, proses permohonannya dijalankan menerusi proses sepatutnya.

Namun, apabila tular kejadian itu, kita terus buat intervensi dan bawa ke TSH, dia masih ingat pengasuh sebelum ini, ia juga membantu untuk dia kembali pulih,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata untuk rekod, seramai 2,040 kanak-kanak di seluruh negara diselamatkan JKM termasuk daripada penderaan fizikal, seksual dan pengabaian dari Januari tahun ini sehingga April lepas.

Pada 5 Julai lepas, tular di laman sosial Facebook seorang wanita mendedahkan dan mendakwa remaja berkenaan didera ketika berada di rumah penjagaan NGO terbabit.

Menurutnya, perkara itu terbongkar apabila pemilik, petugas dan beberapa penghuni rumah kebajikan tersebut dijangkiti wabak COVID-19, termasuk remaja berkenaan yang kemudiannya dirawat di Hospital Kuala Lumpur selama 10 hari. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad