web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID: Jumlah Pesakit Meningkat, Hospital Medan Dibuka Di Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2021 8:05AM

JKNS sedang melakukan penambahan katil melalui pengaktifan hospital medan oleh ATM.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Semua hospital di Selangor menerima peningkatan kes COVID-19 yang tinggi terutama melibatkan pesakit kategori tiga dan ke atas secara berterusan sejak akhir bulan lalu, kata Pengarah Kesihatan Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman.

Susulan itu, beliau berkata pihaknya sedang melakukan penambahan bilangan katil melalui pengaktifan hospital medan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan perolehan darurat peralatan perubatan di peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS).

“Mobilisasi kakitangan kesihatan luar dari Lembah Klang turut dijalankan bagi membantu situasi COVID-19 meliputi pegawai perubatan, jururawat dan penolong pegawai perubatan,” katanya menerusi kenyataan di Facebook JKNS, semalam.

Dr Sha’ari menerangkan status semasa keadaan hospital di Selangor susulan viral gambar keadaan jabatan kecemasan di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan Hospital Shah Alam. 

Dalam pada itu, Dr Sha’ari menjelaskan bahawa peningkatan kemasukan pesakit akut di jabatan kecemasan Hospital Shah Alam berlaku susulan hospital tersebut kini dijadikan hospital berpakar major bukan COVID-19 yang memberi rawatan akut pesakit bukan COVID-19 sekitar daerah Petaling. 

“Bagi HTAR Klang pula, kebanyakan pesakit telah dirawat terlebih dahulu di jabatan kecemasan sementara menunggu katil di wad. Oleh itu, pertambahan katil terpaksa dilakukan di luar jabatan kecemasan HTAR untuk sementara.

“Pihak HTAR dan Hospital Shah Alam dalam proses menambah kapasiti katil di hospital masing-masing,” katanya.

Petang semalam, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam kenyataannya mengumumkan sebuah lagi hospital medan (ATM) akan diwujudkan di HTAR  berikutan situasi semasa jangkitan COVID-19 di Selangor yang semakin meningkat. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan