web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Terpedaya Maklumat Tidak Benar Program Vaksinasi COVID

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2021 12:07PM

Maklumat mengenai program vaksinasi perlu dirujuk kepada saluran rasmi iaitu JKJAV, CITF dan PKD di tempat masing-masing. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

CYBERJAYA - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) menasihatkan orang awam untuk berhati-hati dengan penularan maklumat tidak benar berkaitan pemberian vaksin.

MCMC berkata semua maklumat mengenai program vaksinasi perlu dirujuk kepada saluran rasmi Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19  (JKJAV), Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 (CITF) dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) di tempat tinggal masing-masing.

"Pemberian maklumat peribadi kepada pihak yang tidak dikenali juga secara tidak langsung boleh membuka ruang kepada risiko eksploitasi maklumat peribadi dan pelanggaran privasi," menurut suruhanjaya itu dalam kenyataan hari ini.

Telah tular dakwaan pemberian vaksin secara besar-besaran di pusat pemberian vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre (BACC) melalui aplikasi WhatsApp dan media sosial yang mesejnya meminta orang ramai yang berminat mendapatkan vaksin itu untuk memberikan maklumat peribadi.

PKD Hulu Langat melalui laman Facebook menegaskan maklumat tersebut adalah palsu dan ia tidak dikeluarkan oleh PKD Hulu Langat. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad