web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ekonomi Di Kawasan PKPD Kekal Tutup - MB

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2021 1:21PM

Amirudin Shari - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan Kerajaan Selangor untuk menutup sektor ekonomi sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dikekalkan.

Kenyataan itu dikeluarkan oleh Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, ketika mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) semalam.

Jelas Amirudin, pihaknya melihat matlamat pelaksanaan PKPD masih belum tercapai untuk memutuskan rantaian wabak serta mengurangkan beban kepada sistem kesihatan negara.

"Oleh itu, kerajaan negeri mencadangkan agar hanya sektor ekonomi yang benar-benar perlu sahaja dibuka bagi pertimbangan MKN," katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Amirudin menarik perhatian, Selangor turut mencadangkan agar vaksinasi pekerja dipercepatkan dan dijadikan antara faktor pembukaan semula sektor ekonomi.

Semalam, negeri itu mencatatkan jumlah kes baru tertinggi dengan iaitu sebanyak 4,152 dengan 63 kematian.

Menurut beliau, Selangor mencatatkan angka tinggi adalah kerana ujian saringan menyeluruh yang dilaksanakan sepanjang PKPD, serta saringan kontak rapat kes positif di Selangor.

Sebelum ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob berkata hanya kilang makanan dan keperluan asas seperti beras, roti, gula, minyak masak, tepung gandum, susu segar dan susu tepung bayi, ubat dan topeng muka dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh itu.

Bagaimanapun, bermula 7 Julai, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri memberi kebenaran kepada lebih banyak sektor untuk beroperasi. - Getaran, 9 Julai 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad