web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Aplikasi Telefon Pintar, Jerat Ah Long Tunggu Peminjam

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2021 4:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukit Aman membongkar taktik baharu sindiket pinjaman wang tidak berlesen atau Ah Long yang kini menghasilkan aplikasi di telefon pintar untuk memudahkan mereka berurusan dengan peminjam.

Taktik terbaharu itu terbongkar hasil maklumat tiga mangsa kerakusan lintah darat yang tampil membuat laporan polis selepas kehidupan mereka dihantui sindiket berkenaan.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamaruddin Md Din, berkata aplikasi yang dihasilkan sindiket terbabit membolehkan mereka mengakses data di telefon pintar peminjam.

Siasatan mendapati mangsa memuat turun aplikasi pinjaman wang, sebelum mengesan pengaksesan daripada aplikasi berkenaan ke atas data peribadi, seperti koleksi gambar dan senarai nombor telefon dalam telefon bimbit mereka.

“Dalam kes ini, apa yang berlaku ialah peminjam (mangsa) memberi ‘kebenaran’ untuk data mereka dikongsi aplikasi terbabit yang kemudian dimuat turun dan diguna pakai untuk mengugut peminjam,” katanya dalam sidang media secara maya di sini, hari ini.

Mohd Kamaruddin berkata, pihaknya akan bekerjasama dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membanteras kewujudan aplikasi kemudahan pinjaman wang dibangunkan sindiket Ah Long.

“Mangsa bukan saja terdedah kepada ancaman Ah Long malah data peribadi mereka turut boleh dicuri dan disalah guna oleh sindiket,” katanya.

Justeru, katanya orang ramai dinasihatkan supaya berhati-hati ketika memuat turun aplikasi kemudahan pinjaman wang dan tidak sewenang-wenangnya memberi kebenaran kepada pihak lain untuk mengakses data peribadi di dalam telefon bimbit masing-masing.

“Sekiranya perlu membuat pinjaman wang, lebih baik buat urusan di pejabat dan peminjam perlu teliti perjanjian pinjaman yang dibuat serta menyimpan salinan perjanjian itu atau apa sahaja dokumen berkaitan.

“Ini juga untuk memudahkan pihak polis menjalankan siasatan sekiranya ada penyelewengan atau jenayah berlaku,” katanya. - Getaran, 9 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan