web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Filem Usaha Sama Malaysia-Australia Mampu Rangsang Pertumbuhan Industri Kreatif Tempatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jul 2021 8:31PM

Saifuddin Abdullah - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Perjanjian usaha sama penerbitan filem antara Malaysia dan Australia yang berkuat kuasa bulan ini, dijangka merangsang pertumbuhan ekonomi bagi sektor industri kreatif tempatan serta industri rantaian dan sokongan yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah.

Dalam satu kenyataan hari ini, beliau berkata perjanjian itu merupakan antara inisiatif berimpak tinggi untuk memajukan sektor industri kreatif tempatan serta membuka lebih banyak peluang dan ruang untuk penggiat industri kreatif menerusi jalinan kerjasama dengan Australia.

Perjanjian itu yang merupakan antara inisiatif di bawah strategi pembangunan industri perfileman tempatan ke persada antarabangsa diterajui agensi Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS).

Melalui perjanjian itu, katanya produksi dari Malaysia akan dianggap sebagai produksi tempatan Australia yang membolehkan karya filem Malaysia menembusi pasaran negara lain yang telah menandatangani perjanjian usaha sama dengan Australia seperti Kanada, China, Singapura, Itali, Jerman dan United Kingdom.

"Saya berharap jalinan usaha sama ini akan terus mengukuhkan perkongsian strategik dalam penerbitan filem, meningkatkan kualiti dan kuantiti penghasilan filem, menggalakkan pembangunan kemahiran terhadap produksi tempatan serta membolehkan pertukaran budaya dan kreativiti penerbitan antara Malaysia dan Australia," katanya.

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut berkaitan perjanjian usaha sama berkenaan boleh diperoleh di laman web www.kkmm.gov.my dan www.finas.gov.my atau melalui Bahagian Galakan Penggambaran FINAS di talian 03-41041300 serta e-mel di info@finas.my. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan