web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Individu Dakwa Disuntik Picagari Kosong, KKM Tunggu Laporan JKNS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2021 8:15PM

KKM sedang menunggu laporan berhubung dakwaan seorang individu mendakwa disuntik dengan picagari kosong di sebuah hospital - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menunggu laporan daripada Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS), berhubung seorang individu mendakwa disuntik dengan picagari kosong ketika hadir mendapatkan suntikan vaksin di sebuah hospital di negeri itu.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman kini dalam peringkat memperkemaskan laporan berkenaan.

“Saya tidak berhubung dengan pengarah hospital tersebut, namun saya hanya diberikan pelaporan daripada Pengarah Kesihatan Negeri Selangor sahaja.

“Ini kerana hospital berkenaan adalah di bawah tindakan dan penyeliaan beliau untuk memperkemaskan segala yang telahpun berlaku,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata, pada masa ini tiada arahan lanjut diberikan KKM terhadap hospital tersebut pada masa ini, kerana kes itu dalam siasatan polis dan kementerian sentiasa akur dengan siasatan yang dijalankan dan akan melihat keputusannya.

Mengulas lanjut Dr Adham berkata, operasi pemberian vaksin di hospital itu kini berjalan seperti biasa, dan kes berkenaan tidak akan mengganggu pengoperasian pemberian vaksin di hospital tersebut.

“Program pemberian vaksin ini tetap diteruskan, kerana ia tidak boleh mengganggu urusan pemberian vaksin. Kita (beberapa mukim) dalam Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Selangor.

“Jadi untuk mempercepatkan vaksin kita kena laksanakan terus. Apabila ada kes-kes begini, kita terima dan akan melihat apakah hasil siasatan,” katanya.

Pada 7 Julai lepas, dilaporkan tular satu laporan polis oleh seorang lelaki yang mendakwa disuntik dengan picagari kosong, ketika hadir mendapatkan suntikan vaksin di sebuah hospital dan perkara itu disahkan polis Kuala Langat yang sedang menyiasat kes itu. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad