web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Bunuh Isteri, Sebelum Bunuh Diri Akibat Cemburu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Jul 2021 10:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BUTTERWORTH - Seorang lelaki dipercayai bertindak membunuh isterinya dengan menikam mangsa sehingga mati sebelum dia membunuh diri, dipercayai bermotifkan cemburu, dalam kejadian di rumah mereka di Taman Kimsar, Perai di sini hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang SAC Rahimi Mohd Ra'ais berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu daripada anak lelaki pasangan tersebut yang berusia 28 tahun, pada 3 petang tadi memaklumkan menemui mayat ibu dan ayahnya di rumah tersebut.

“Sepasukan polis terus ke lokasi kejadian dan pemeriksaan menemui mayat seorang wanita, dengan tiga kesan tikaman di bahagian leher, dada dan perut mangsa, di dalam bilik di rumah didiami pasangan tersebut. Wanita itu berusia 54 tahun.

“Manakala mayat lelaki iaitu suami wanita itu ditemukan di bahagian dapur dengan keadaan tergantung, dipercayai dia bertindak sedemikian (bunuh diri) selepas membunuh isterinya dengan cara menikam mangsa. Suspek berusia 65 tahun,” katanya ketika dihubungi malam ini.

Katanya siasatan awal, polis tidak menolak kemungkinan kejadian bunuh dan bunuh diri itu berpunca daripada perselisihan faham dan cemburu, membabitkan pasangan suami isteri tersebut.

Rahimi berkata, polis turut merampas sebilah pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian bunuh itu, dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut.

“Pasangan suami isteri itu tidak bekerja dan menurut anak lelakinya, anak-anak yang menyara kehidupan ibu dan ayah malah mereka tinggal tidak jauh daripada rumah pasangan tersebut,” katanya.

Katanya mayat pasangan suami isteri itu dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk dibedah siasat.

Menurutnya pihak polis menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan