web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Sangka Sakit Kepala Petanda Serius, Keluarga Reda Pemergian Adham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 5:33PM

Mohd Rizaini menunjukkan gambar anaknya itu yang meninggal semalam akibat pendarahan otak.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA NERUS - Biarpun masih terkejut, keluarga penuntut  Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Muhammad Adham Hazim Mohd Rizaini, 21, yang meninggal dunia akibat pendarahan otak, reda dengan pemergian anak kesayangan mereka itu.

Bapa Muhammad Adham, Mohd Rizaini Ghazali, 51  berkata, anaknya yang merupakan pelajar Diploma Kejuruteraan Awam disahkan meninggal dunia pada 10.52 malam tadi, ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ.

Mohd Rizaini berkata, dia hanya menyedari kesakitan dialami anaknya yang mesra dipanggil Abang Ngah, apabila pelajar tersebut merangkak ke bilik tidurnya dan mengadu sakit kepala serta sesak nafas.

“Kira-kira jam 5 pagi semalam, Abang Ngah merangkak ke bilik saya, mengadu kepalanya terlalu sakit dan meminta dibawa ke hospital.

“Keadaan arwah ketika itu sangat tidak bermaya dan kami terus meminta pertolongan jiran untuk mengangkat Abang Ngah ke kereta sebelum bergegas ke hospital,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamannya di Kampung Bukit Berangan, Tepoh di sini hari ini.

Muhd Rizaini memberitahu, dia tidak menyangka sakit kepala yang kerap dialami oleh anaknya kebelakangan ini sebenarnya membawa petanda serius.

“Memang Abang Ngah orangnya gemar tidur lewat malam untuk menyiapkan tugasan dan sebelum ini, belajar setiap hari sebagai persediaan menghadapi peperiksaan akhir dalam dua minggu lagi,” katanya sambil menambah, anaknya itu merupakan pelajar cemerlang, malah terpilih menerima Anugerah Dekan semester lepas.

Menurut beliau, jenazah Muhammad Adham Hazim selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bukit Berangan, Tepoh pada 11 pagi tadi.

“Kami masih terkejut dan sedih dengan kehilangan Abang Ngah tapi kami reda dengan ujian ini,” katanya. - Getaran, 11 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Pesara Mengaku Tidak Salah Guna Dokumen Palsu, Salah Guna Harta Kesatuan

4

Selebriti 2 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan