web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sektor Pembuatan, Kilang Sumbang 30 Peratus Jangkitan COVID-19 - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2021 5:49PM

Pendedahan Dr Noor Hisham (kiri) bercanggah dengan kenyataan dibuat Azmin pada 28 Jun. - Gambar Bernama

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sumbangan sektor pembuatan dan perkilangan terhadap peningkatan kes positif COVID-19 tidak serendah seperti yang dicanang Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu program bual bicara kendalian BERNAMA sebaliknya berkata, 30 peratus punca kes jangkitan daripada 62 kluster tempat kerja adalah membabitkan sektor perkilangan dan pembuatan.

“Angka ini lebih tinggi di Selangor, yang menyaksikan kluster kilang dan tempat kerja menyumbang kepada 80 peratus kes berbanding negeri-negeri yang lain,” katanya kepada hos program tersebut, Senator Datuk Ras Adiba Radzi.

Pendedahan berkenaan sekali gus bercanggah dengan kenyataan dibuat Azmin 28 Jun lalu, yang mendakwa kes positif COVID-19 melibatkan sektor berkaitan hanya sekitar lima hingga 10 peratus.

“Jadi, tidak benar untuk meletakkan kesalahan kepada sektor ekonomi khususnya pembuatan,” kata Azmin, sebagai mengulas desakan ramai pihak untuk semua kilang terbabit ditutup, kerana mencetuskan kluster yang menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19 ketika ini.

Menurut angka terkini daripada kerajaan Selangor, 91 peratus kluster negeri itu berpunca daripada sektor pekerjaan iaitu 80 peratus perkilangan dan 11 peratus tapak binaan atau 125 kluster daripada kedua-dua duanya.

Empat hari lalu, lapan kilang milik syarikat pembuatan sarung tangan, Top Glove, di sekitar Meru, Klang diarahkan tutup, ekoran aduan orang ramai di media sosial yang mendakwa premis terbabit melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Syarikat itu kemudiannya memilih untuk menutup 20 lagi kilang di kawasan yang sama secara sukarela.

Dalam perkembangan lain Dr Noor Hisham menjelaskan, peningkatan kes jangkitan harian yang direkodkan setiap hari mutakhir ini didorong oleh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di 34 mukim di Selangor dan beberapa lokaliti lain di Kuala Lumpur.

Katanya, penguatkuasaan PKPD lazimnya akan disusuli dengan ujian saringan COVID-19 di semua lokasi terlibat, sekali gus berpotensi menaikkan jumlah kes jangkitan harian.

Bagaimanapun beliau menjangkakan, jumlah jangkitan harian akan menunjukkan trend penurunan selewat-lewatnya dua minggu akan datang. - Getaran, 11 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Berhati-Hati Dengan Analisa Fakta, Salah Tafsir Vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad