web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Wad COVID HTAR Terima 151 Katil Tambahan Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 7:42AM

Petugas kesihatan merawat pesakit COVID-19 ketika tinjauan di Zon Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Wad COVID-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) di sini akan menerima tambahan 151 katil dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan katil sebanyak 606 buah.

Ketua Setiausaha KKM Datuk Mohd Shafiq Abdullah berkata bagi wad COVID-19 Unit Rawatan Rapi (ICU) pula, kapasiti katil rawatan COVID-19 sedia ada di HTAR akan ditingkatkan dari 51 kepada 72 katil, dalam masa terdekat.

“Kita telah menambah beberapa fasiliti yang kritikal yang telah ditularkan sebelum ini (di media sosial) mengenai kawasan kecemasan seolah-olah dibiarkan, tetapi itu proses biasa untuk mengalih pesakit-pesakit ke wad-wad dan ia mengambil masa sedikit.

“Hasil lawatan saya ke HTAR, didapati  jumlah bilangan katil COVID-19 telah bertambah,” katanya kepada Bernama selepas melakukan lawatan kerja ke HTAR semalam.

Dalam kenyataan sebelum ini, HTAR  memaklumkan hospital itu telah mengubah fungsi asrama doktor pelatih dan Kompleks Rawatan Harian menjadi wad sementara bagi menempatkan pesakit COVID-19 bermula Jumaat lepas.

Mengenai aspek peruntukan peralatan perubatan tambahan dalam menangani COVID-19, Mohd Shafiq berkata KKM setakat ini telah mengagihkan sebanyak RM747 juta di bawah perolehan darurat bagi fasiliti kesihatan di seluruh negara.

“Di Selangor sahaja lebih RM100 juta telah diberikan.Urusan-urusan perolehan ini haruslah cepat, tidak boleh mengikut proses biasa dan kita berterima kasih kepada Perbendaharaan Kementerian Kewangan yang memberi kelulusan khas,” katanya. 

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha'ari Ngadiman berkata HTAR masih dikekalkan status sebagai hospital hibrid memandangkan ia adalah hospital rujukan negeri.

Beliau menambah keseluruhan hospital yang ada di Selangor masih mampu untuk menerima kes, sama ada kes COVID-19 atau bukan COVID-19 dan institusi perubatan negara sentiasa dalam keadaan bersiap siaga. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad