web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Polis Nafi Tuduhan Warga China Mangsa Minta Rasuah, Pemerasan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 7:48AM

Abd Khalid Othman - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis menafikan dakwaan sebuah video tular di media sosial Youtube yang menuduh polis sentiasa menjadikan warga China sebagai mangsa untuk meminta rasuah dan melakukan pemerasan.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Abd Khalid Othman berkata video tersebut dipercayai dimuat naik pada 3 Feb lepas yang berdurasi 41 minit 51 saat.

Beliau berkata video itu memaparkan seorang lelaki warga China mendakwa dirinya diperas ugut polis di Malaysia lebih kurang 50 kali selain menuduh polis sentiasa mencari kesalahan dalam kalangan warganegara asing terutamanya China untuk mendapatkan habuan dan sanggup membawa mangsa ke mesin ATM bagi mendapatkan wang.

"Semakan dibuat dan mendapati setakat ini, tiada sebarang laporan polis dibuat oleh penama (lelaki itu) atau orang lain mengenai insiden sebagaimana dinyatakan (dan) polis memandang serius terhadap segala tuduhan dan dakwaan itu.

“Pihak polis mengalu-alukan penama itu untuk tampil membuat laporan berkenaan kejadian ini supaya siasatan lanjut boleh dijalankan secara telus dan menyeluruh," katanya dalam kenyataan semalam.

Abd Khalid berkata pihaknya tidak akan berkompromi dan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana pegawai atau anggota polis yang didapati melakukan kesalahan.

"Maklumat berkaitan kejadian sebegini atau lain-lain jenayah boleh disalurkan kepada pihak polis melalui Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya (di talian) nombor telefon 03-56210343 atau mana-mana balai polis berdekatan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad