web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lambakan Pesakit COVID-19 Kategori 4, 5, Punca Hospital Sesak

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 7:06PM

Dr Noor Hisham pesakit kategori 4 dan 5 datang secara mendadak di hospital dan memberikan kesan terhadap keupayaan ICU. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kesesakan di hospital ketika ini disahkan berlaku akibat lambakan pesakit COVID-19 kategori 4 dan 5 yang sedang menerima rawatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, semua pesakit berkenaan memerlukan rawatan antara 14 hingga 21 hari, mengikut kategori masing-masing.

Menurut beliau, pesakit kategori 4 memerlukan bekalan oksigen manakala kategori 5 perlu diberikan alat bantuan pernafasan.

“Pesakit COVID-19 ini datang secara mendadak di hospital dan ia memberikan kesan terhadap keupayaan wad unit rawatan rapi (ICU) atau kecemasan,” katanya pada sidang akhbar khas di kementeriannya di sini hari ini.

Dr Noor Hisham menarik perhatian, pihak hospital tidak dapat menolak pesakit jika mereka datang untuk menerima rawatan, sebelum dirujuk ke pusat perubatan swasta.

“Walaupun jumlah pesakit yang diterima adalah tinggi, hospital kerajaan tidak boleh menolak pesakit yang datang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menggesa orang ramai supaya segera mendapatkan dos vaksin masing-masing bagi mengelakkan jangkitan yang lebih serius hingga terpaksa dimasukkan ke wad atau Unit Rawatan Rapi (ICU).

“Pengambilan vaksinasi terbukti berkesan mengurangkan kesesakan di hospital.

“Setakat ini, seramai 2,779 petugas kesihatan yang positif COVID-19 selepas menerima vaksin. Hanya tiga orang sahaja melepasi tahap tiga dan empat. Majoritinya adalah tahap satu dan tahap dua,” katanya lagi.

Beliau bagaimanapun berkata, pesakit COVID-19 tahap satu dan dua boleh menjalani kuarantin masing-masing di rumah. - Getaran, 13 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Kolum 2 bulan yang lalu

Tekanan Kewangan Atau Penjimatan? Implikasi Pembayaran Bersama Insurans Perubatan

2

Refleksi 6 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 minit yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut