web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sultan Selangor Titah Segerakan Vaksin Pekerja Kilang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Jul 2021 9:09PM

Sultan Sharafuddin Idris Shah - Gambar dari Facebook Selangor Royal Office

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM -  Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah pemberian vaksin kepada pekerja kilang harus disegerakan memandangkan terdapat banyak kilang dan perindustrian di negeri itu selain sebagai usaha memutuskan rantaian jangkitan COVID-19 serta mencapai imuniti kelompok.

Menerusi kenyataan di laman Facebook rasmi Selangor Royal Office hari ini, baginda turut menggesa pihak yang bertanggungjawab bagi pengagihan vaksin ke seluruh negara supaya menambah jumlah pemberian vaksin di Selangor dengan segera.

Langkah itu juga bertujuan agar nisbah peratusannya selari dengan jumlah populasi dan kadar jangkitan wabak di Selangor.

Kenyataan itu turut menyebut Sultan Selangor hari ini berkenan menerima menghadap Timbalan Mufti Selangor yang baharu iaitu Profesor Madya Dr Miszairi Sitiris di Istana Bukit Kayangan, Shah Alam.

Miszairi melapor diri di Jabatan Mufti Negeri Selangor untuk menjalankan tugas sebagai Timbalan Mufti Selangor pada 1 Julai lepas.

Menurut kenyataan itu, pada pertemuan ringkas tersebut baginda menzahirkan kebimbangan mengenai penularan wabak berbahaya COVID-19 khususnya dalam kalangan umat Islam di Selangor ketika ini.

Justeru, menjelang perayaan Aidiladha minggu depan, baginda berkenan menasihati seluruh umat Islam agar menyambutnya secara sederhana di rumah masing-masing dan tidak pulang ke kampung atau keluar dari daerah.

Kenyataan itu juga menyebut susulan kes ‘sporadik’ COVID-19 kini yang semakin tinggi dalam komuniti, baginda tidak mahu jangkitan COVID-19 terus merebak seperti pada sambutan Aidilfitri lepas.

Baginda juga meminta rakyat agar berkorban kerana keadaan wabak COVID-19 masih meruncing dengan jumlah jangkitan baharu di Selangor yang melebihi 4,000 kes sehari dan jumlah kematian keseluruhan yang kini mencecah 2,063 orang. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 minit yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad