web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Kebenaran Agihkan Sumbangan Di Pejabat Parlimen Muar - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 3:58PM

Keadaan orang ramai yang hadir ke Pejabat Parlimen Muar untuk mendapatkan bantuan bekalan makanan. - Gambar Facebook Syed Saddiq

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Polis mengesahkan Pejabat Khidmat Rakyat Parlimen Muar telah diarahkan oleh Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) untuk menghentikan program agihan bantuan makanan yang dikendalikan Ahli Parlimen mereka, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, arahan berkenaan dikeluarkan atas kegagalan premis terbabit mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Kesihatan, iaitu menjaga penjarakan sosial dan larangan berhimpun di kawasan awam.

Menurut beliau, semakan mendapati pejabat terbabit ada membuat permohonan kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB), namun ia hanya meliputi pengagihan makanan ke rumah.

“Sebarang permohonan oleh mana-mana Ahli Parlimen atau Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk menjalankan sebarang aktiviti memang dibenarkan, tetapi perlu mendapatkan kebenaran daripada Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah.

“Saya difahamkan, permohonan memang ada dibuat, tetapi ia hanyalah untuk pengedaran bakul-bakul makanan dari rumah ke rumah dan apa yang berlaku, penyerahan (bantuan) dibuat di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar, menyebabkan terlalu ramai orang berkumpul, melebihi 100 penerima,” katanya. 

Beliau menjelaskan, tiada kebenaran diberikan untuk penyerahan sumbangan di premis itu, justeru arahan penutupan dikeluarkan PKD sebaik ia dibanjiri orang ramai.

“Arahan ini bukan dari polis, tetapi dari penguatkuasaan PKD Muar. Mereka beri amaran sahaja sehinggalah ada permohonan dibuat. 

“Oleh itu, saya mohon kepada mana-mana Ahli Parlimen atau ADUN, sekiranya ingin membuat program, pastikan patuhi SOP dan buat permohonan rasmi kepada Pusat Kawalan Operasi Bencana Daerah untuk kita lakukan kawalan,” katanya. 

Malam tadi, Syed Saddiq memaklumkan bahawa pejabat Parlimen Muar diarahkan tutup mulai hari ini selepas ia dipenuhi ratusan penduduk setempat yang mahu mendapatkan sumbangan.

“Saya tak boleh halang orang susah dan lapar datang minta bantuan. Rakyat Muar tanggungjawab saya. Kalau nak kompaun, kompaun saya!! Jangan tambah beban rakyat Muar,” katanya. - Getaran, 14 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad