web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guan Eng Arah Hubungi Wakil Syarikat Pembinaan Bincang Projek Terowong - Bekas Exco

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Jul 2021 7:25PM

Guan Eng (dua dari kiri) bersama peguamnya Gobind Singh Deo hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang bekas Exco Pulau Pinang hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen di sini bahawa bekas Ketua Menteri Lim Guan Eng mengarahkannya untuk menghubungi dua wakil syarikat pembinaan bagi membincangkan mengenai projek pembinaan jalan utama dan terowong di negeri itu.

Datuk Lim Hock Seng, 72, berkata beliau mendapatkan nombor telefon dua individu berkenaan iaitu Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dan Datuk Lee Chee Hoe daripada Guan Eng sendiri selepas Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) Negeri Pulau Pinang yang diadakan di Pejabat Ketua Menteri di Komtar, George Town, pada 26 Januari 2011.

“Guan Eng memaklumkan sebuah syarikat swasta iaitu Beijing Urban Construction Group (BUCG) sedang menerokai cadangan untuk membina sebuah terowong di Pulau Pinang dan bercadang untuk menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan kerajaan negeri.

“Selepas mendapat nombor telefon mereka, saya menghubungi dan berjumpa mereka bagi membincangkan mengenai projek berkenaan,” katanya.

Saksi pendakwaan ketiga itu berkata demikian ketika membacakan pernyataan saksi pada hari kedua perbicaraan kes rasuah Guan Eng yang berdepan empat pertuduhan membabitkan pembinaan terowong dasar laut dan projek pembinaan jalan utama di Pulau Pinang.

Hock Seng berkata selepas mendapat arahan daripada mesyuarat MMK pada 26 Januari 2011, beliau telah meminta jurutera Rajendran Anthony daripada Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk menyediakan satu kertas kerja “Perancangan Link Ketiga Pulau Pinang, Jalan Lingkaran Dalaman George Town dan Jalan Pintas (By-Pass), Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu ke Air Hitam, Pulau Pinang.

Hock Seng berkata beliau juga menerima taklimat pelaporan kertas kerja itu dari semasa ke semasa dari pejabat Rajendran.

Lim Hock Seng - Gambar oleh Syeda Imran
Lim Hock Seng - Gambar oleh Syeda Imran

“Kemudian, pada 16 Mac 2011, ketika mesyuarat MMK bersidang, saya menyatakan bahawa BUCG telah meminta supaya MoU ditandatangani secepat mungkin dan Guan Eng telah menyarankan Datuk Farizan Darus iaitu Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) untuk menandatangani memorandum berkenaan bagi pihak kerajaan negeri,” katanya.

Majlis tandatangan MoU antara kerajaan Pulau Pinang dengan BUGC di Putrajaya diadakan pada 28 April 2011, yang disaksikan oleh Perdana Menteri Malaysia dan Perdana Menteri China, yang turut dihadiri Guan Eng.

“Pada 19 Mei 2011, Zarul dan Lee hadir ke pejabat saya untuk berbincang mengenai projek berkenaan. Selepas selesai perbincangan, saya telah menghadiri mesyuarat MMK pada pukul 3.30 petang, hari yang sama.

“Saya memberitahu kepada mesyuarat MMK bahawa wakil BUGC telah datang untuk mengadakan perbincangan mengenai penyediaan Request for Proposal (RFP) (Permintaan Untuk Cadangan). Kemudian, Guan Eng menyarankan penyediaan RFP dipercepatkan,” katanya.

Mengenai projek berkenaan, Hock Seng berkata Pengurus Besar BUCG telah menjemput Guan Eng dan delegasi kerajaan negeri ke Beijing melalui surat bertarikh 19 Mei 2011 dan Hock Seng turut mengesahkan bahawa 10 orang wakil delegasi termasuk beliau (Hock Seng) akan pergi ke Beijing pada 2 Jun 2011 dan pulang ke Malaysia pada 8 Jun 2011.

“Segala kos termasuk tiket penerbangan, tempat penginapan, makan dan minum di Beijing ditanggung oleh kerajaan negeri,” katanya.

Prosiding sesi petang hari ini ditangguhkan selepas peguam Gobind Singh Deo, yang mewakili Guan Eng memberitahu mahkamah bahawa seorang pembantu kawasan Parlimennya disahkan positif COVID-19 dan beliau ada meluangkan kira-kira lima minit bersama pembantunya itu ketika mengedarkan bakul makanan di Puchong tiga hari lepas.

“Saya akan membuat saringan COVID-19 hari ini dan saya akan memaklumkan keputusannya nanti,” katanya.

Hakim Azura Alwi kemudian menangguhkan perbicaraan sebelah petang dan meminta kes diteruskan esok dengan peguam lain jika Gobind tidak dapat hadir.

Mengikut pertuduhan pindaan pertama, Guan Eng, 60, didakwa sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, menggunakan kedudukannya untuk menerima suapan wang berjumlah RM3.3 juta dengan membantu syarikat milik Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli dilantik bagi melaksanakan Projek Pembinaan Jalan-Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702.

Beliau didakwa melakukan perbuatan itu antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa meminta suapan 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh daripada Zarul sebagai upah bagi membantu syarikat milik ahli perniagaan itu dilantik untuk projek sama.

Guan Eng didakwa melakukan perbuatan itu berhampiran Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City di sini antara 12.30 tengah malam dan 2 pagi pada Mac 2011.

Ahli Parlimen Bagan itu juga berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah milik Kerajaan Negeri Pulau Pinang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut di negeri tersebut yang didakwa dilakukan di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Komtar pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 minit yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan