web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gurau Bawa Padah, Suami Isteri Berlakon Minum Racun Dengan Anak Ditahan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 1:54PM

Abd Jalil Hassan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan pasangan suami isteri merakam adegan kononnya meminum racun bersama seorang kanak-kanak membawa padah apabila ditahan di Seremban, Negeri Sembilan, semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan berkata, siasatan awal mendapati, suspek mengaku tindakannya itu hanya gurauan semata-mata, manakala cecair diminum juga bukan bahan berbahaya itu.

Menurut beliau, klip video berkenaan mendapat 252 respon, 93 maklum balas, 246 perkongsian dan 6.3 ribu penonton sejak tular di media sosial dua hari lalu.

"Siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001, kerana mendedahkan kanak-kanak kepada kemungkinan kecederaan fizikal dan emosi.

"Kes turut disiasat mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan (Akta 574) dengan niat hendak menyebabkan atau mungkin kegentaran awam dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1988 (Akta 588) kerana menyalahgunakan perkhidmatan rangkaian secara tidak wajar," katanya hari ini.

Terdahulu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan menerima laporan dan menjalankan siasatan berhubung klip video dengan tajuk 'Please do not call me until finish watching' berdurasi 16 minit tiga saat.

Menerusi klip video berkenaan, pasangan suami isteri itu bersama seorang kanak-kanak dipercayai anak mereka bertindak ‘meminum’ racun dalam sebuah kenderaan.

Abd Jalil berkata, kertas siasatan akan dilengkapkan dengan kadar segera dan dirujuk kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut. - Getaran, 15 Julai 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 2 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad