web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hina Mahkamah, Lokman Adam Dipenjara Sebulan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jul 2021 3:27PM

Lokman Noor Adam - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam dijatuhi hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini setelah didapati bersalah menghina mahkamah kerana mengugut saksi dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang membabitkan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Saksi itu ialah bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, yang juga saksi utama dalam kes tersebut.

Hakim Collin Lawrence Sequerah dalam penghakimannya berkata responden (Lokman) melakukan penghinaan dengan mengancam Amhari Efendi yang merupakan saksi pendakwaan ke-8.

"Saya dapati tindakan responden membuat laporan polis dan membuat kenyataan media, terjumlah kepada suatu ugutan terhadap PW8 (Amhari Efendi) dan pihak lain sebagai saksi yang berpotensi dalam kes perbicaraan ini.

"Mahkamah ini mendapati responden bersalah kerana menghina mahkamah dan perlu menjalani hukuman penjara selama sebulan mulai hari ini," kata hakim.

Hakim Sequerah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan membabitkan jumlah bon RM3,000 dengan seorang penjamin.

Hakim Sequerah seterusnya berkata bahawa Lokman tidak mempunyai urusan untuk menentukan sama ada Amhari Efendi benar atau sebaliknya ketika dia memberi keterangan.

"Lokman mempunyai niat buruk (mala fide) ketika dia membuat laporan polis dan kemudian membuat kenyataan media ketika Amhari Efendi masih memberikan bukti. Tidak ada kekaburan dalam tuduhan penghinaan yang dibuat terhadap Lokman," katanya.

Terdahulu, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah berkata bahawa ini adalah kesalahan pertama anak guamnya dan tidak berlaku kontak fizikal dalam kes ini.

“Saksi tidak pernah mengadu bahawa dia diugut atau pernah berlari ke pihak pendakwaan dan berkata  bahawa 'Saya rasa terancam'," kata peguam itu.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram berpendapat bahawa responden tidak menunjukkan sebarang penyesalan.

"Lokman bukan sekadar membuat laporan tetapi terus mengulangi kandungannya kepada media. Dia harus dijatuhi hukuman penjara kerana memburukkan lagi keadaan. Sebelum ini, mahkamah menjatuhi hukuman penjara antara empat hingga enam bulan dalam semua kes menghina mahkamah.

"Keputusan anda akan menjadi penyelamat kepada bakal saksi. Lokman adalah penyokong kuat Najib, 'pernah mempunyai pengaruh yang kuat'," katanya sambil menambah bahawa Lokman bukan individu yang tidak berpendidikan.

Muhammad Shafee juga meminta penangguhan hukuman sementara menunggu rayuannya ke Mahkamah Rayuan, namun Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Mustafa P Kunyalam membantah permohonan tersebut dengan alasan bahawa responden tidak mempunyai sebarang keadaan khusus untuk diberikan penangguhan.

Pada 22 Okt 2019, Sequerah telah memberi kebenaran kepada Peguam Negara ketika itu Tan Sri Tommy Thomas untuk memulakan prosiding komital terhadap Lokman kerana tindakan responden yang didakwa menghina mahkamah sebanyak dua kali pada 25 Sept 2019.

Pada 14 Jan 2020, Sequerah telah menolak permohonan Lokman untuk mengenepikan kebenaran yang diperoleh Thomas dan responden juga gagal dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan serta Mahkamah Persekutuan untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi.

Thomas telah memulakan prosiding komital terhadap Lokman dan memohon agar satu perintah dikeluarkan agar Lokman dihukum penjara atau didenda atas tindakannya.

Menurut Thomas, pada 25 Sept 2019, Lokman dalam satu temu bual telah mengeluarkan perkataan berbaur ancaman atau ugutan terhadap Amhari Efendi kerana memberi keterangan pada perbicaraan bekas perdana menteri itu di Mahkamah Tinggi.

Thomas berkata pada hari sama, Lokman telah membuat laporan polis terhadap Amhari Efendi, yang merupakan saksi pendakwaan kelapan, berhubung keterangan saksi itu pada perbicaraan tersebut.

Katanya matlamat atau tujuan tindakan responden itu ialah untuk mengganggu dan menakut-nakutkan Amhari Efendi, saksi lain dan mana-mana saksi berpotensi untuk tampil memberi keterangan terhadap Najib dalam perbicaraan kes 1MDB. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 2 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Politik 1 hari yang lalu

‘Sukri, Tolong Jangan Buat Kenyataan Dengan Semberono’ - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad