web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


107,000 Pekerja Barisan Hadapan Sektor Pengangkutan Disasar Dapat Vaksin Sebelum Ogos

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 3:12PM

Wee Ka Siong - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Seramai 107,000 pekerja barisan hadapan dalam sektor pengangkutan dijangka menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19 sebelum akhir Ogos ini.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata sasaran itu merangkumi ketiga-tiga sektor pengangkutan iaitu darat, laut dan udara.

Beliau berkata antara diberi keutamaan adalah pekerja di kawasan lapangan terbang, pelabuhan dan depoh Syarikat Prasarana Negara Bhd, yang mengurus rangkaian pengangkutan awam seperti bas dan rel.

“Bagaimanapun, jumlah ini tidak termasuk pemandu teksi dan e-hailing serta p-hailing yang akan mendapat suntikan di pusat pemberian vaksin (PPV) komuniti setempat.

“Kita mempunyai senarai nama mereka ini, walaupun mereka akan mendapatkan suntikan di PPV komuniti setempat, kita juga akan membantu mereka mendapatkan suntikan segera,” katanya kepada pemberita selepas meninjau operasi hari pertama PPV Integrasi Che Ann Khor, Yong Peng, dekat sini hari ini.

Ka Siong berkata pihaknya ada berbincang dengan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin sebelum ini untuk memvaksinkan 250,000 petugas dan mereka yang terlibat dalam sektor pengangkutan di negara ini.

Mengenai PPV Integrasi Che Ann Khor itu, Ahli Parlimen Ayer Hitam itu berkata ia akan dibuka selama enam minggu dengan memfokuskan pemberian vaksin COVID-19 kepada penduduk sekitar parlimen itu terutamanya golongan warga emas.

PPV itu mampu memberikan suntikan vaksin COVID-19 kepada 2,000 individu sehari dan bagi hari ini, seramai 998 individu dijadualkan menerima vaksin tersebut. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kolum 7 bulan yang lalu

Kerajaan Perlu Membangun Sistem Pengangkutan Awam Yang Inklusif Dan Holistik

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 6 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan