web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rayuan Kes Saman Najib Terhadap AMMB Holding, AmBANK, Joanna Yu Ditetap 5 Okt

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Jul 2021 9:04PM

Najib Razak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan menetapkan 5 Okt untuk mendengar rayuan Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membatalkan samannya terhadap AMMB Holdings Berhad, AmBank dan bekas Pengurus Perhubungannya Joanna Yu Ging Ping.

Peguam Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili Yu, semasa dihubungi mengesahkan tarikh berkenaan selepas pengurusan kes tersebut dihadapan Penolong Kanan Pendaftar KB Elena Hong Tze Lan hari ini.

Bekas Perdana Menteri itu merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan AMMB Holdings Berhad, AmBank dan Yu untuk membatalkan saman yang difailnya.

 Najib memfailkan saman terhadap AMMB Holdings, AmBank dan Yu pada 9 Dis 2019 atas dakwaan pendedahan maklumat akaun banknya kepada ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low.

Pada 28 Sept lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Khadijah Idris memutuskan saman yang difailkan oleh Najib itu sebagai suatu yang melampau, menyakitkan hati, remeh-temeh dan menyalahgunakan proses mahkamah

Khadijah berkata saman Najib terhadap tiga defendan itu merupakan penyalahgunaan proses mahkamah kerana dibuat sebagai kolateral untuk perbicaraan kes jenayahnya berhubung dana SRC International Sdn Bhd.

Yu merupakan saksi pendakwaan ke-54 dalam perbicaraan kes pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang sedang dihadapi Najib.  

Pada 28 Julai tahun lepas, Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib bagi kes jenayah membabitkan dana SRC International itu.

Mahkamah Rayuan mendengar rayuan Najib selama 15 hari bermula April lepas dan menangguhkan keputusannya.

Dalam samannya terhadap AmBank, AMMB Holdings dan Yu, Najib, dalam pernyataan tuntutannya mendakwa AmBank dan Yu melakukan kecuaian ketika mengendalikan akaun banknya (berakhir dengan angka 694, 880, 898 dan 906) dengan mendedahkannya kepada  Jho Low.

Ahli Parlimen Pekan itu mendakwa defendan telah mendedahkan penyata bank, transaksi debit dan pengiriman wang, dan baki dana akaun 694 kepada Low sebagai pihak ketiga, tanpa kebenaran. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 8 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan