web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sinovac Dan Pfizer Sama Berkesan Melawan COVID-19 - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jul 2021 6:53PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Data perubatan mengenai penggunaan vaksin menunjukkan vaksin Sinovac dan Pfizer sama berkesan dalam melawan COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Dalam catatan Facebook hari ini, Dr Noor Hisham berkata pada 7 Julai, New England Journal of Medicine menerbitkan laporan mengenai pengalaman Sinovac di Chile mulai Februari hingga Mei 2021 yang melibatkan 4.2 juta individu diberi vaksin sepenuhnya berbanding 5.5 juta penduduk yang tidak diberi vaksin.

“Sinovac didapati boleh mengurangkan jangkitan COVID-19 sebanyak 65.9 peratus, mengurangkan rawatan di hospital sebanyak 87.5 peratus, mengurangkan jumlah pesakit ditempatkan unit rawatan rapi (ICU) sebanyak 90.3 peratus dan mengurangkan kadar kematian sebanyak 86.3 peratus,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata ujian Pfizer sebaliknya yang melaporkan keberkesanan 95 peratus adalah sangat kecil dan hanya menganalisis 170 kes COVID-19 melibatkan sekumpulan lapan individu yang divaksinasi dan 162 orang yang tidak divaksinasi.

Oleh itu, beliau berkata tidak banyak perbezaan antara vaksin Sinovac dan Pfizer dalam penggunaannya.

“Kedua-duanya sangat berkesan untuk mencegah penyakit yang teruk dan dimasukkan ke hospital, tetapi kurang efektif untuk melawan COVID-19 bergejala ringan atau tanpa gejala,” tambahnya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Berhati-Hati Dengan Analisa Fakta, Salah Tafsir Vaksin COVID-19 - Dr Noor Hisham

2

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

Semasa 1 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

Semasa 7 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad