web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Vaksin: PAC Akan Panggil Khairy, Zafrul Pada Selasa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 2:52PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin dan Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz antara individu yang akan dipanggil Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada prosiding berhubung isu perolehan vaksin COVID-19 dan penggunaannya terhadap rakyat Malaysia yang disambung semula Selasa ini.

Pengerusi PAC Wong Kah Woh dalam kenyataan di sini berkata, Khairy akan dipanggil semula pada 27 Julai manakala Tengku Zafrul akan dipanggil pada 28 Julai.  

Katanya, jawatankuasa itu juga akan mendengar penjelasan daripada Akauntan Negara Datuk Dr Yacob Mustafa pada 28 Julai.

PAC sebelum ini, memulakan prosiding berhubung perkara itu dengan mendengar penjelasan daripada Khairy yang juga Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba pada 5 Jan lalu. 

"Mengambil kira perkembangan terbaru mengenai perolehan vaksin COVID-19 sepanjang tempoh darurat berkuat kuasa selama enam bulan, PAC berpendapat kerajaan perlu memberikan penjelasan lebih terperinci kepada jawatankuasa ini memandangkan senarionya sudah berubah berbanding Januari lalu," katanya. 

Wong berkata prosiding berhubung isu itu menggunakan punca kuasa daripada Peraturan Mesyuarat 77(1)(d) Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang membenarkan PAC memeriksa apa-apa perkara lain yang difikirkan oleh jawatankuasa itu patut diperiksa.

PAC komited untuk menyiapkan laporan mengenai isu perolehan vaksin COVID-19 dan penggunaannya terhadap rakyat Malaysia sebelum dibentang ke Parlimen selewat-lewatnya pada Mesyuarat Kedua Penggal Keempat sidang Dewan Rakyat yang dijadual Oktober hingga Disember. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 9 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad