web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kontroversi Misi Ke Gaza, Ebit Liew Buat Laporan Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 8:04PM

Ebit Liew berjalan keluar dari IPD Dang Wangi setelah selesai membuat laporan polis. - Gambar oleh Alif Omar

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu laporan polis dibuat pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew hari ini bagi menyangkal semua dakwaan dibuat seorang rakyat Malaysia yang menetap di Semenanjung Gaza, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman atau lebih dikenali sebagai Nadir Al-Nuri.

Beliau bagaimanapun tidak menyatakan secara terperinci butiran laporan yang dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi pada jam 6.15 petang tadi.

Isu berkenaan katanya lagi, akan dijelaskan esok.

“Sebelum ini saya sememangnya berdiam diri terhadap sebarang tohmahan atau fitnah (dilemparkan) terhadap diri saya dari dulu lagi, namun berkaitan isu terbaru ini apabila anak dan isteri saya sendiri menangis kerana kecewa (terhadap segala tuduhan), saya rasa terpanggil untuk membuat laporan polis.

“Laporan ini adalah sebagai menyangkal segala dakwaan yang tidak benar berkaitan misi di Semenanjung Gaza, Palestin,” katanya.

Tambah Ebit, beliau sendiri sedih dengan segala laporan tidak berasas yang tersebar dalam media sosial, sehingga menjatuhkan semangat ahli keluarga dan pasukan misi bantuannya sendiri.

“Apa yang saya boleh katakan, laporan ini sememangnya bagi menyangkal dakwaan yang dikeluarkan oleh Nadir Al-Nuri dan Caprice,” katanya. - Getaran, 21 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Saksi Nafi Taruh Hati Pada Ebit Lew 

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Polis Sahkan Terima Laporan Dakwaan Guna Datuk Seri Palsu

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Video Disalah Sunting, Teo Nie Ching Buat Laporan Polis

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Pengusaha Stesen Minyak Terima Ugutan Diminta Buat Laporan Polis - Saifuddin

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut