web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Warga Filipina Dipenjara 4 Tahun, Denda RM150,000 Bunuh Penyu Hijau

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 1:47PM

Nasdi dihukum penjara empat tahun dan denda RM150,000.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Seorang lelaki warga Filipina dikenakan hukuman penjara empat tahun dan denda RM150,000 selepas mengaku salah membunuh penyu di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini.

Tertuduh Nasdi Bilnati, 18, didakwa melakukan kesalahan itu pada 6 Julai lalu di perairan Pulau Omadal, dalam daerah Semporna, jam 12.30 tengah hari.

Berdasarkan pertuduhan, Nasdi didakwa bersama dua individu yang masih bebas memiliki 12 keping plastron (cengkerang), 39 keping sisik Marginal dan 4.8 kilogram lemak Penyu Hijau yang disenaraikan sebagai haiwan dilindungi dalam Jadual 1, Bahagian 1, Enakmen Hidupan Liar 1997.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 41(1) Enakmen Pemuliharaan Hidupan Liar 1997 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 41(4) Enakmen yang sama.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dikenakan denda antara RM50,000 hingga RM250,000 dan penjara antara satu hingga lima tahun.

Tertuduh yang tidak diwakili peguam dalam rayuannya berkata, dia menyedari kesalahan yang dilakukan dan memohon agar dikenakan hukuman ringan.

Pegawai Pendakwa Jabatan Hidupan Liar Sylvester Saimin dalam hujahannya pula berkata, mahkamah diharap dapat mengenakan hukuman berat ke atas tertuduh kerana melakukan banyak pembunuhan terhadap reptilia terbabit, yang juga spesies terancam dan dilindungi di Sabah.

Tambahnya, sejak beberapa tahun kebelakangan ini, tindakan perundangan termasuk hukuman berat telah dikenakan ke atas pembunuh penyu di Semporna.

Bagaimanapun, hukuman berat itu tidak menghalang pihak berkaitan untuk terus mengulangi perbuatan sama dengan memburu dan membunuh haiwan berkenaan.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud kemudian menjatuhkan hukuman penjara empat tahun berkuat kuasa hari ini di penjara Sandakan.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh dikenakan denda sebanyak RM150,000, dan tambahan penjara setahun jika gagal menjelaskan denda berkenaan.

Semua bukti turut diserahkan kepada Kerajaan Negeri Sabah bagi tujuan pelupusan. - Getaran, 22 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Siasatan Kes Bunuh Warga Filipina, Mak Nyah Diburu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut