web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siasatan Kes Bunuh Warga Filipina, Mak Nyah Diburu

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Feb 2022 6:30PM

Gambar suspek yang dirakam menerusi kamera litar tertutup.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEMPORNA - Polis sedang memburu seorang lelaki berperwatakan wanita bagi membantu siasatan berhubung kes kematian seorang lelaki warga Filipina, di sini, kelmarin.

Terdahulu, suspek dikatakan menghantar mangsa ke Hospital Semporna selepas mengalami kecederaan di bahagian dada, dipercayai akibat terkena benda tajam Ahad lalu.

Dalam kejadian jam 1.38 petang itu, mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Besar Tawau pada hari yang sama, bagi membolehkan rawatan lanjut dilakukan.

Bagaimanapun, dia tidak dapat diselamatkan dan disahkan meninggal dunia, petang kelmarin.

Menurut sumber, sehingga kini tiada pihak tampil membuat laporan polis berhubung kejadian tersebut.

Bagaimanapun, hasil pemerhatian menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Hospital Semporna mendapati mangsa dihantar suspek yang dipercayai teman serumahnya.

Ketua Polis Daerah Semporna, Superintendan Mohd Farhan Lee Abdullah ketika dihubungi berkata, pihaknya turut menyerbu sebuah kediaman di Kampung Bangau-Bangau, di sini, dipercayai rumah sewa mangsa bersama suspek.

“Bagaimanapun, tiada sebarang petunjuk ditemui dan suspek dipercayai menghilangkan diri selepas menghantar mangsa ke hospital, Ahad lalu

“Setakat ini polis masih menyiasat punca kejadian dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.

Mohd Farhan berkata, pihaknya kini sedang mencari suspek yang dikenali sebagai Ariffin Jursin, 30-an, atau dikenali sebagai Pampoy bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu termasuk Pampoy diminta menghubungi polis di talian 012-2753860 atau 089-781222 sambungan 2954,” katanya. - Getaran, 10 Februari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Kes Bunuh Pekerja Kilang Warga Myanmar: 7 Lelaki Ditahan

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: Teman Lelaki Direman 7 Hari

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Suri Rumah Didakwa Bunuh Anak Angkat Usia 5 Tahun

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Suami Serah Diri Di Balai Polis Selepas Bunuh Isteri

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut