web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Maki Hamun Peniaga Nasi Lemak, Ahli Perniagaan Didakwa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 4:04PM

J. Shyamalan didakwa di mahkamah atas tuduhan mengeluarkan perkataan kesat dan tidak memakai pelitup muka di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, hari ini. - Gambar Mohd Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki yang videonya tular di media sosial kerana memaki hamun dan memarahi penjual nasi lemak, didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mengeluarkan perkataan kesat dan tidak memakai pelitup muka. 

J. Shyamalan, 33, seorang ahli perniagaan, mengaku tidak bersalah terhadap kedua-dua pertuduhan itu di hadapan Majistret Wong Chai Sia. 

Dia didakwa mengaibkan kehormatan penjual wanita berumur 23 tahun itu dengan mengeluarkan perkataan kesat dan dituduh mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara maksimum lima tahun atau dengan denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. 

Bapa kepada tiga orang anak itu juga didakwa tidak memakai pelitup muka di tempat awam yang pertuduhan itu dikemukakan di bawah Peraturan 17 (1), Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam kawasan tempat jangkitan) 2021.

Sabit kesalahan dia boleh dihukum denda tidak melebihi RM50, 000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Kedua-dua perbuatan itu didakwa dilakukan di hadapan sebuah kedai di Jalan Desa Bakti, Taman Desa di sini, pukul 10.30 pagi, 18 Julai lalu. 

Timbalan Pendakwa Raya Wan Ahmad Hakimi Wan Ahmad Jaafar mencadangkan jaminan RM10,000 dengan seorang penjamin manakala peguam John Das yang mewakili tertuduh memohon jaminan minimum kerana tujuan jaminan hanya untuk memastikan kehadiran anak guamnya ke mahkamah.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 24 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Rakaman video yang tular di media sosial itu, memaparkan lelaki berkenaan memarahi dan memaki hamun peniaga nasi lemak dan seorang pelanggan lain ketika ditegur kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Selera 11 bulan yang lalu

10 Nasi Lemak Paling Popular Dan Viral Di i-City Hujung Minggu Ini

2

Usahawan 1 tahun yang lalu

Akka Nasi Lemak Popular Selepas Video Jualannya Tular

3

Selebriti 1 tahun yang lalu

Song Ji-hyo Teruja Sambutan Peminat Malaysia, Janji Nak Masak Nasi Lemak

4

TARA 2 tahun yang lalu

Sushi Nasi Lemak, Makanan Jepun Selera Malaysia

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 9 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad