web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kes COVID-19 Dalam Kategori 5 Kurang 1 Peratus - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jul 2021 8:49PM

Pesakit COVID-19 berada di PKRC Bersepadu 2.0 di MAEPS semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hanya 0.1 peratus atau sebanyak 13 kes daripada jumlah keseluruhan 13,034 kes baharu COVID-19 hari ini berada dalam kategori lima iaitu kritikal, memerlukan bantuan pernafasan dan jagaan di unit rawatan rapi (ICU) selama 21 hari, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata sebanyak 72 kes atau 0.5 peratus pula berada dalam kategori empat iaitu mengalami radang paru-paru, perlu bantuan oksigen dan purata jagaan di ICU selama 14 hari.

“Satu peratus atau 124 daripada kes yang dilaporkan hari ini berada dalam kategori tiga iaitu pesakit mengalami radang paru-paru serta memerlukan rawatan dan pemerhatian di hospital,” katanya dalam kenyataan di sini.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 12,825 atau 98.4 peratus daripada kes baharu hari ini merupakan kes dalam kategori dua dan satu. Kes dalam kategori dua iaitu bergejala ringan sebanyak 5,646 kes atau 43.3 peratus manakala kes dalam kategori satu yang tidak bergejala adalah sebanyak 55.1 peratus atau 7,179.

Beliau berkata kes aktif di seluruh negara kini mencecah 142,051 kes dengan 938 kes memerlukan rawatan di ICU dan 459 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Sebanyak 134 kematian dilaporkan hari ini melibatkan 39 orang di Selangor; Wilayah Persekutuan (32); Negeri Sembilan (18); Johor (15); masing-masing tujuh di Perak dan Melaka; Pahang (lima); Kedah (empat); masing-masing dua orang di Pulau Pinang, Terengganu dan Labuan; serta satu kematian di Sabah, katanya.

Dr Noor Hisham berkata sebanyak 32 kluster baharu COVID-19 dilaporkan dengan 21 daripadanya melibatkan kluster tempat kerja, tujuh kluster komuniti, dua kluster institusi pendidikan dan dua kluster kumpulan berisiko tinggi.

Kadar kebolehjangkitan COVID-19 atau R0 /RT negara pula adalah sebanyak 1.09 dengan Terengganu mencatat nilai RT paling tinggi iaitu 1.31.

Negeri-negeri lain yang mencatatkan RT melebihi 1.0 adalah Kedah (1.25); Sabah (1.21); Pulau Pinang (1.21); Johor (1.20); Pahang (1.19); Putrajaya (1.18); Kelantan (RT 1.18); Selangor (1.15); Perak (1.12); Negeri Sembilan (1.10); Melaka (1.10); dan Kuala Lumpur (1.07). - Bernama

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 9 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut