web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Boleh Rakam Proses Suntikan Vaksin - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2021 3:51PM

Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai diberi kebenaran untuk merakam video atau gambar ketika menerima suntikan vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV), kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy  Jamaluddin.

Menurut beliau, kebenaran itu bagi mengelakkan insiden suntikan vaksin palsu berulang pada masa akan datang.

Jururawat atau doktor bertugas juga katanya, perlu menunjukkan picagari yang sudah mengandungi vaksin kepada penerima sebelum proses suntikan dimulakan.

“Penerima juga diberikan kebenaran untuk merakam video proses suntikan, selaras dengan kebenaran dari saya dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba.

"Anda boleh rakamkan video diri anda menerima vaksin, jadi anda dan kami mempunyai bukti kukuh bahawa suntikan yang sempurna telah diberikan," kata Khairy dalam satu sidang media melalui aplikasi Zoom di sini hari ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, kebenaran berkenaan diharap mampu menyelesaikan isu membabitkan beberapa video suntikan vaksin ‘palsu’ yang tular di media sosial, kebelakangan ini.

"Kebenaran diberikan agar tidak menganggu perjalanan program PICK ketika ini," ujar Khairy dalam sidang media yang turut dihadiri Dr Adham.

Mengulas lanjut, beliau turut melahirkan rasa bangga kepada petugas kesihatan serta meminta orang ramai memberikan sokongan kepada mereka yang sentiasa bekerja keras sepanjang pandemik COVID-19 melanda Malaysia sejak tahun lalu.

"Saya mahu petugas kesihatan tahu, bahawa saya sentiasa ada di belakang anda. Ini cuma satu atau dua kes kecuaian manusia, ia tidak boleh menyebabkan segala susah payah dan kerja keras anda semua tidak bermakna.

"Terima kasih semua petugas barisan hadapan," katanya. - Getaran, 23 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Genosid Dah Ada Sejak Berpuluh Tahun Wahai KJ’ - Netizen

2

Refleksi 6 bulan yang lalu

Jangan Tolak Rawatan Gigi Meskipun Berpuasa

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 9 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut