web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selesai Kenduri Durian, Rashid 'Sambut' Aidiladha Pula

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2021 6:19PM

Tular gambar Mohd Rashid Hasnon yang didakwa 'meraikan' sambutan Aidiladha, namun dinafikan Setiausaha sulit beliau. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas kecoh dengan pesta durian, nama Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid  Hasnon kembali hangat apabila beberapa foto beliau 'meraikan' sambutan Aidiladha tular di medial sosial.

Bukan sekadar tidak mengamalkan penjarakan fizikal, Rashid dengan jelas dilihat menghadiri acara berkenaan tanpa mengenakan pelitup muka.

'Kemeriahan' itu sekali lagi mencetuskan kemarahan ramai yang terpaksa berpuas hati menyambut Aidiladha di kediaman masing-masing, berikutan larangan rentas negeri dan daerah masih berkuatkuasa.

Ulah terbaru Rashid itu bagaimanapun dinafikan Setiausaha Sulitnya, Mohd Zaihan Mohd Zaidil yang mendakwa, acara terbabit hanya melibatkan keluarga terdekat ketuanya.

Menurut Mohd Zaihan, foto berkenaan dirakam ketika Rashid, isteri dan seorang anaknya menikmati hidangan di sebuah inap desa, sementara menunggu ibadat korban dilaksanakan.

“Selain menyumbang lembu, YB (Mohd Rashid) juga mahu menyembelih (korban) dengan tangannya sendiri.

“Memandangkan penyembelihan lembu akan bermula pada jam 3 pagi, maka beliau dan keluarga menempah inap desa berdekatan dengan pusat sembelihan tersebut," katanya.

Mohd Zaihan menambah, gambar yang tular itu diambil pada awal pagi ketika Rashid sekeluarga sedang menikmati jamuan lewat malam, sebelum sesi penyembelihan bermula.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Batu Pahat itu mencetuskan rasa tidak puas hati orang ramai apabila menghadiri 'kenduri' durian di Batu Pahat. 

Bagaimanapun beliau kemudian meminta maaf dan berjanji memberikan kerjasama kepada polis yang menyiasat insiden tersebut. - Getaran,  23 Julai 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 11 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad