web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Langgar SOP, Polis Akan Panggil Ahli Parlimen Bantu Siasatan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Jul 2021 9:41PM

Polis akan memanggil seorang Ahli Parlimen kerana melanggar SOP termasuk tidak memakai pelitup muka dan penjarakan sosial ketika sedang makan bersama dua wanita di sebuah ladang pertanian di Batu Pahat, baru-baru ini. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BATU PAHAT - Polis akan memanggil seorang ahli Parlimen yang didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara selepas gambarnya yang sedang makan bersama dua wanita di sebuah ladang pertanian di daerah ini baru-baru ini, tular melalui media sosial.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah berkata selain gambar itu, terdapat sekeping lagi gambar lain turut memaparkan ahli Parlimen berkenaan berada bersama seorang lelaki dan dua wanita tanpa memakai pelitup muka selain tiada penjarakan fizikal.

“Susulan itu, satu laporan polis diterima dan kertas siasatan telah dibuka di bawah Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021.

“Polis akan memanggil ahli Parlimen berkenaan dan mana-mana pihak yang terlibat untuk membantu siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau sehubungan itu menasihatkan agar orang ramai supaya terus mematuhi SOP yang ditetapkan agar dapat bersama-sama membantu membendung wabak COVID-19 yang sedang melanda. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 11 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad