web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Indikator Nilai Ambang Kes Baharu Dalam PPN Akan Ditukar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 8:41AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Indikator nilai ambang kes baharu COVID-19 yang ditetapkan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) mungkin akan ditukar dengan nilai ambang yang lebih sesuai mengikut perkembangan dan situasi semasa negara.

Menteri Penyelaras Pelan Pemulihan Negara Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata pihaknya telah membentangkan cadangan kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) supaya nilai ambang kes baharu itu ditukar kepada nilai keseriusan kes mengikut kategori ataupun kes kematian. 

"PPN ini dinamik, sekiranya kes telah menurun dan hanya kes bergejala ringan, jumlah kes baharu ini bukan lagi nilai ambang yang sesuai, kita akan lihat kapasiti kes di ICU (Unit Rawatan Rapi) dan kadar kematian.

“Perkara ini sedang dibincangkan dengan KKM (Kementerian Kesihatan) bagi menukar kepada nilai ambang lebih sesuai terutamanya di fasa ketiga apabila kita berjaya memberikan vaksin kepada 40 peratus penduduk dewasa negara," katanya dalam rancangan Agenda Awani di sini malam tadi.

Tengku Zafrul yang juga Menteri Kewangan berkata cadangan perubahan itu dibuat berdasarkan contoh di negara lain seperti di United Kingdom yang merekodkan penurunan secara mendadak kes COVID-19 bergejala dan kemasukan ke hospital selepas lebih 40 peratus penduduknya lengkap divaksinasi.

"Oleh itu, apabila 40 peratus rakyat kita mendapat vaksinasi penuh, kita akan minta Majlis Pemulihan Negara (MPN) pertimbangkan perkara ini. 

"Bagaimanapun pertimbangannya adalah tertakluk kepada pakar-pakar yang berkaitan," katanya.

Terdahulu, Tengku Zafrul dalam kenyataannya hari ini, berkata MPN bersetuju untuk menjemput parti pembangkang iaitu Pakatan Harapan, Warisan Sabah dan Pejuang Tanah Air serta wakil dari kerajaan negeri Sabah dan Sarawak sebagai ahli anggotanya.

Selain itu katanya MPN menjemput pakar-pakar daripada pelbagai latar belakang termasuk ahli perniagaan Tony Fernandes, penasihat Star Media Group Wong Chun Wai dan pakar penyakit berjangkit Dr Adeeba Kamarulzaman.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata penyertaan ahli daripada pelbagai latar belakang tersebut akan membantu MPN membuat keputusan paling tepat dan akan memberi impak positif dari segi perbincangan serta idea.

Katanya ia juga akan bagi menjamin ketelusan serta memastikan proses semak dan imbang dapat dilakukan sepanjang masa. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

75 Pengunjung, 2 Pengusaha Pusat Hiburan Dikompaun RM77,000 Langgar SOP

2

Semasa 2 tahun yang lalu

5 Negeri Beralih Ke Fasa Empat PPN Isnin Depan - Hishammuddin

3

Ekonomi 2 tahun yang lalu

TNB Perkukuh Peranan Dalam PPN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Sunway Lagoon Kembali Meriah, Tetap Patuhi SOP Ditetapkan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 11 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad