web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Isteri Misbun Sidek Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 9:07AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datin Latifah Sidek, isteri kepada legenda badminton negara, Datuk Misbun Sidek meninggal dunia semalam.

Perkara itu disahkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) di laman Facebooknya pada malam tadi.

“Dukacitanya dimaklumkan Datin Latifah telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi. Sama-sama kita panjatkan doa buat Arwah semoga ditempatkan bersama mereka yang disayangiNya jua. Takziah buat Datuk Misbun & keluarga,” menurut entri berkenaan.

Arwah sebelum ini dilaporkan berada di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak 10 Julai.

Misbun, bekas pemain kebangsaan dan jurulatih kebangsaan, yang kini menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Teknikal Skuad Remaja Negara, berkahwin dengan Latifah pada 1987.

Sementara itu Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican turut merakamkan ucapan takziah kepada keluarga arwah menerusi media sosialnya.

“Marilah kita doakan semoga roh Allahyarhamah sentiasa dalam rahmat dan kasih sayang Allah serta ditempatkan bersama mereka yang soleh dan beriman,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut