web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guna Helikopter Beli Nasi Ganja, CAAM Siasat Dakwaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 12:50PM

Sebuah helikopter didakwa mendarat di Padang Ipoh, Ipoh, semalam, dipercayai untuk mengambil pesanan 36 bungkus nasi ganja yang ditempah pelanggan dari Kuala Lumpur di sebuah kedai menjual nasi kandar terkemuka di bandar raya itu. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) sudah memulakan siasatan ke atas sebuah helikopter yang dilaporkan mendarat di padang Majlis Bandaraya Ipoh pada jam 10 pagi, semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, Kapten Chester Voo berkata, siasatan awal mendapati helicopter Vell 505 dikendalikan Systematic Aviation Services Sdn Bhd (SAS) itu berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang ke Ipoh pada jam 9.08 pagi.

Jelasnya, pesawat tersebut kemudiannya kembali ke LTSAAS, Subang pada jam 11.02 pagi seperti difailkan dalam pelan penerbangan.

“CAAM sudah menjalankan siasatan segera bagi menentukan sama ada helikopter berkenaan melanggar mana-mana peraturan, seperti tertakluk dalam Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia 2016 dan Civil Aviation Directives (CADs),” katanya di sini hari ini.

“CAAM juga akan membuat semakan sama ada pengendali dan kru pengendali helikopter terbabit melaksanakan operasi penerbangan itu dalam skop diluluskan atau sebaliknya.

Siasatan terbabit dipercayai dikeluarkan susulan dakwaan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menempah ‘nasi ganja’ terkenal di Ipoh semalam menggunakan perkhidmatan helikopter.

Bagaimanapun, Zafrul menerusi Facebook rasminya menafikan dakwaan itu dengan mengatakan gambar beliau sedang menjamu makanan terbabit diambil pada akhir tahun lalu di Parlimen, malah bukan dibeli menerusi perkhidmatan pengangkutan udara itu.

“Lucu bila terima kiriman WhatsApp kononnya saya order (tempah) nasi ganja Ipoh guna helicopter. Mereka guna gambar lama saya makan nasi vanggey pada Disember 2020, tapi crop (sunting) tarikh. ⠀

“Saya sebenarnya dah lama tak makan nasi vanggey, tapi dari order guna helikopter, baik guna delivery service (perkhidmatan penghantaran) yang banyak ada macam Nasi Kandaq Transporter, Nasi Kandaq Runner, boleh juga bantu usahawan kecil,” katanya menerusi muat naik di laman sosial itu.

Mengulas lanjut, Chester berkata, CAAM ingin menegaskan bahawa semua pengendali pesawat harus mematuhi peraturan umum seperti tertakluk dalam CAD 2 (Rules of the Air), Chapter 3.1. Protection of Persons and Property dan peraturan berkaitan.

“Pihak CAAM akan terus memastikan semua pengendali pesawat mematuhi peraturan dan piawaian keselamatan ditetapkan demi keselamatan industri dan orang awam,” katanya. - Getaran, 24 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

BERNAMA Junjung Titah Sultan Selangor Supaya Perangi Berita Palsu

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Bernama Diminta Segera Salur Sumbangan Kepada Keluarga Wan Noor Hayati - Fahmi

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Mahkamah Tinggi Tolak Saman Fitnah Jason Lo Terhadap Bernama

4

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Paparan Elektronik Selamat Hari Wartawan Tanda Terima Kasih Kami Untuk Media’ - PLUS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut