web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Bernama Diminta Segera Salur Sumbangan Kepada Keluarga Wan Noor Hayati - Fahmi

Semasa Dikemaskini 1 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Jul 2023 9:00AM

Fahmi Fadzil - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil meminta Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) menyegerakan sumbangan kepada keluarga bekas wartawan dan pemenang Anugerah Kajai, Wan Noor Hayati Wan Alias, menerusi Tabung Kasih@HAWANA 2023.

Menzahirkan perasaan pilu atas pemergian Allahyarham Wan Noor Hayati atau lebih dikenali sebagai Wanti yang meninggal dunia petang tadi, Fahmi berkata ini kerana isu kebajikan dalam kalangan pengamal media merupakan keutamaannya.

“Sebelum ini dalam Mesyuarat Pasca Kabinet minggu lalu, saya telah meminta Bernama segera berbincang dengan Kementerian Kewangan untuk memastikan dana RM1 juta diumumkan Perdana Menteri pada Hari Wartawan Nasional (HAWANA) Mei lalu, dapat disediakan bagi tabung kebajikan Bernama.

“Malah supaya ia dapat segera dimanfaatkan terutama bagi semua yang memerlukan dalam kalangan pengamal media,” katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu pada program Ruang Bicara terbitan Bernama TV malam tadi.

Terdahulu, Wan Noor Hayati, 44, dilaporkan meninggal dunia di Hospital Serdang di sini pada kira-kira 6.10 petang tadi, akibat kegagalan jantung setelah bergelut dengan penyakit radang paru-paru.

Selain pernah berkhidmat dengan Utusan Malaysia, Allahyarham merupakan bekas wartawan Berita Harian dan Media Variasi, serta pernah memenangi Anugerah Kajai iaitu anugerah tertinggi dalam bidang kewartawanan negara yang diberikan oleh Malaysian Press Institute (MPI) pada 2013.

Allahyarham merupakan ibu tunggal dan meninggalkan seorang anak lelaki berumur sembilan tahun.

Pada Mei lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan peruntukan permulaan RM1 juta untuk Tabung Kasih@HAWANA, yang diwujudkan sempena HAWANA 2023 bagi menyantuni pengamal media, bekas petugas media dan wartawan veteran yang memerlukan bantuan.

Tabung Kasih@HAWANA merupakan inisiatif Kementerian Komunikasi dan Digital dan dilaksanakan menerusi Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama), sebagai usaha berterusan membantu komuniti media yang berdepan dengan kesukaran dan cabaran hidup. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 hari yang lalu

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Tindakan Platform Media Sosial Kekang Jenayah Masih Lemah - Fahmi

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu Bas Muat Naik Video Kanak-Kanak: MCMC Diminta Beri Kerjasama Kepada Polis

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 12 jam yang lalu

Abang Dakwa Hospital Daerah Cuai, Adik Hilang Anak Kedua 2 Hari Selepas Lahir

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Maut Dihempap Pokok

Semasa 12 jam yang lalu

Op Global: 3 Suspek Liwat Dituduh Hari Ini - KPN