web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Siasat Segera Bagaimana Rina Harun Mampu Bayar Hutang - Pembangkang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 2:13PM

Rina Harun - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Lima anggota Parlimen pembangkang hari ini mendesak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi penjelasan bagaimana Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Harun berjaya mengumpulkan dana untuk membayar hutangnya baru-baru ini.

Desakan itu dibuat Ahli Parlimen Pulai, Datuk Seri Salahuddin Ayub; Ahli Parlimen Kubang Pasu, Datuk Wira Amiruddin Hamzah; Ahli Parlimen Kota Belud, Isnaraissah Munirah Majlis; Ahli Parlimen Sungai Buloh, Sivarasa Rasiah dan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching.

Kesemua mereka mewakili AMANAH, PEJUANG, WARISAN, PKR dan DAP.

Menurut kumpulan tersebut, jumlah hutang yang dilunaskan itu dilihat tidak setimpal dengan aset yang diisytiharkan oleh Rina kepada SPRM tahun lalu.

"Sebarang kelewatan dalam menyiasat perkara ini akan mengakibatkan persepsi masyarakat terhadap SPRM menjadi negatif ketika badan itu seharusnya bebas, adil dan bertindak dengan penuh integriti," jelas mereka dalam satu kenyataan bersama.

Pada Februari lalu, Rina yang juga pemimpin sayap wanita BERSATU menyelesaikan tuntutan hutang bernilai RM1,340,642.02 oleh tiga syarikat Perancis.

Sebelum itu pada Julai 2020, rekod pengisytiharan aset Menteri Kabinet kepada SPRM mendapati, Rina mempunyai pendapatan bulanan berjumlah RM34,004.48 dan aset bernilai kurang daripada RM1 juta.

Inisiatif pengisytiharan harta digerakkan oleh Pakatan Harapan (PH) tidak lama selepas gabungan itu mendirikan kerajaan berdasarkan mandat yang diterima daripada rakyat pada 2018. - Getaran, 24 Julai 2021.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut