web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sambut Aidiladha Langgar SOP, Timbalan Speaker Disiasat Lagi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jul 2021 5:54PM

Tular gambar di media sosial menunjukkan Rashid bersama keluarganya sedang menikmati jamuan di sebuah inap desa. - Gambar dari Facebook OPS JOHOR

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat,Datuk Mohd Rashid Hasnon sekali lagi berdepan siasatan polis gara-gara melanggar prosedur operasi standard (SOP) susulan sambutan Aidiladha.

Selepas dikecam apabila video ‘kenduri’ duriannya tersebar bulan lalu, Ahli Parlimen Batu Pahat itu kembali mengundang kemarahan ramai apabila dilihat menghadiri sambutan perayaan itu di sebuah inap desa, tanpa mengenakan pelitup muka atau mengamalkan penjarakan fizikal.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kertas siasatan sudah dibuka dan wakil rakyat itu akan dipanggil untuk diambil keterangan. 

"Kita akan ambil keterangan mereka yang terbabit iaitu Timbalan Speaker (Mohd Rashid), anak, isteri dan juga pemilik inap desa itu sendiri. 

"Kes akan disiasat mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021," katanya. 

Semalam, Facebook rasmi 'OPS Johor' menyiarkan gambar Mohd Rashid bersama keluarganya yang sedang menikmati jamuan di sebuah inap desa.

Tindakan itu dengan jelas melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ayob Khan berkata, pihaknya juga sedang menunggu arahan lanjut selepas kes siasatan ‘kenduri’ durian dihantar ke Pejabat Peguam Negara 14 Julai lalu.

Beliau turut menafikan bahawa polis terbabit mengamalkan sikap pilih kasih atau berat sebelah seperti didakwa netizen.

"Ada komen mengatakan polis ini double standard kerana katanya, jika orang awam akan terus kena kompaun atau saman, tetapi jika orang kenamaan (VIP), polis buka kertas siasatan dulu. 

"Ini salah faham. Jika kes yang mana polis keluarkan saman, itu bermakna ia dilakukan secara langsung iaitu kita sedang buat pemantauan, kemudian ada pelanggaran undang-undang berlaku, maka kita keluarkan saman. 

"Tetapi, ada kes tertentu, tidak kisah VIP atau tidak, seperti kes yang tular, kita perlu buka kertas siasatan dahulu kerana perlu jalankan siasatan. Contohnya, gambar yang tular, kita perlu sahkan dahulu gambar itu, baru atau lama, bila diambil, disunting atau tidak. Harap tidak (timbul) salah faham," katanya. – Getaran, 24 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 3 minggu yang lalu

2 Lagi Peserta RXZ Members 6.0 Maut Kemalangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut