web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sertai Konvoi, 6 Peserta Dipanggil Beri Keterangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2021 6:25PM

Peserta yang dipanggil berada di luar Balai Polis Travers setelah memberi keterangan selama enam jam. - Gambar dari Twitter takterqyira

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Enam peserta kempen bendera hitam yang menyertai konvoi semalam dipanggil memberi keterangan hari ini.

Sekretariat Solidariti Rakyat mengesahkan, sesi mengambil keterangan itu berlangsung selama enam jam di Balai Polis Travers di sini, mulai jam 10 pagi tadi.

Jurucakapnya, Asraf Sharafi berkata, enam peserta itu diminta hadir ke balai polis berkenaan bagi memberi keterangan dan disiasat berhubung pembabitan mereka dalam kempen tersebut di ibu negara semalam.

“Mereka hadir ditemani peguam masing-masing dan memberi kerjasama baik kepada polis, malah proses memberi keterangan turut berjalan lancar.

“Saya diberitahu, tiada kompaun dikeluarkan setakat ini,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Asraf berkata, beberapa peserta di negeri lain pula akan dipanggil esok, dan sekretariat sudah bersedia untuk menawarkan bantuan, termasuk khidmat peguam bagi mewakili mereka.

“Sebenarnya semalam ketika kempen ini dianjurkan di peringkat Kuala Lumpur, kerjasama diberikan polis adalah baik, selepas itu beberapa peserta dihubungi dan diminta hadir memberi keterangan di balai polis.

“Kami mengecam sebarang intimidasi daripada pihak yang seolah-olah menghalang kebebasan bersuara rakyat, walaupun konvoi kenderaan ini pada hakikatnya dilakukan dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Kempen mengibarkan bendera hitam dimulakan di media sosial sejak awal Julai lalu dan diteruskan menerusi penganjuran konvoi, membabitkan lebih 100 kenderaan di hampir semua negeri selama kira-kira enam jam semalam.

Serentak kempen, orang ramai diminta mengibarkan bendera hitam di hadapan rumah, kedai, jalan atau tempat bersesuaian sebagai tanda kekecewaan terhadap situasi pandemik COVID-19 yang semakin memburuk di Malaysia.

Lebih daripada itu, kempen bertemakan #Lawan terbabit dianggap sebagai manifestasi terhadap kegagalan kerajaan menangani segala isu berbangkit pandemik berkenaan. - Getaran, 25 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Ratu Naga Tidak Ditahan, Hanya Dipanggil Beri Keterangan - Azam Baki

2

Video & Galeri 9 bulan yang lalu

'King' Ni Tak Abis Cari Pasal La...

3

Semasa 10 bulan yang lalu

'Mr H' Tidak Hadir Beri Keterangan Kerana Tidak Sihat - KPN

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Jana Wibawa: Tengku Zafrul Selesai Beri Keterangan Sebagai Saksi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut