web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tiada Hartal Doktor Kontrak Di Kota Bharu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 3:46PM

Keadaan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II), Kota Bharu lengang berikutan tidak berlaku Hartal Dalam Kalangan Doktor Kontrak.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Kumpulan Doktor Kontrak di Kelantan mengambil pendekatan untuk tidak melancarkan Hartal Doktor Kontrak, susulan perbincangan yang diadakan terlebih dahulu bersama Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK).

Kelantan memiliki 472 doktor kontrak di seluruh negeri, membabitkan hospital dan pejabat kesihatan.

Tinjauan di Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) mendapati tidak ada perhimpunan seumpama itu diadakan, malah mereka meneruskan tugas seperti biasa di hospital.

Beberapa anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut dilihat berada di perkarangan hospital bagi menjaga keselamatan, untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Pengarah JKNK, Datuk Dr Zaini Hussin berkata, Hartal Doktor Kontrak tidak berlaku di Kelantan memandangkan pihaknya sudah melakukan perbincangan dengan mereka terlebih dahulu.

Katanya, hasil perbincangan itu, semua pegawai perubatan kontrak di negeri ini memahami sepenuhnya apa yang mahu disampaikan pihak atasan.

“Terdapat seramai 472 doktor kontrak di Kelantan dan satu pertiga daripadanya bertugas di hospital, manakala dua pertiga lagi ditugaskan di pejabat kesihatan.

“Setakat ini, pegawai perubatan kontrak tidak mempunyai cadangan untuk mengadakan mogok seperti yang diperkatakan sebelum ini, kerana, mereka tidak akan meninggalkan pesakit yang sedang mendapatkan rawatan.

“Beliau positif, kumpulan doktor terbabit akan melakukan yang terbaik dalam merawat pesakit di bawah jagaan mereka,” katanya ketika ditemui di HRPZ II, di sini, hari ini.

Dr Zaini berkata, sebagai seorang doktor, mereka berpegang pada prinsip untuk mengutamakan pesakit.

Katanya, tugas sebagai doktor dilaksanakan sebaik mungkin dengan tidak melanggar etika digariskan.

“Hartal yang dilakukan oleh doktor kontrak itu mungkin disebabkan mereka mengharapkan yang terbaik untuk kerjaya dan saya menyerahkan perkara ini kepada pihak kementerian.

“Saya harap kerajaan dapat mempertimbangkannya dan melakukan yang terbaik,” katanya. - Getaran, 26 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PERHILITAN Kelantan Selamatkan Tapir Jatuh Longkang

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Anggota Trafik Patah Paha Terlibat Nahas Ketika Bertugas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut