web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Terburu-Buru Longgarkan Sekatan Perjalanan - Nurul Izzah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jul 2021 7:05PM

Dewan Rakyat - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan diingatkan supaya tidak terburu-buru  memberikan kelonggaran sekatan perjalanan dan pembukaan sempadan negara walaupun program vaksinasi negara meningkat dari hari ke hari, kata Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar.

Menurutnya, kelonggaran sekatan perjalanan dan pembukaan semula sempadan negara secara terburu-buru akan mengundang bahana gelombang baharu penularan COVID-19 seperti yang menimpa beberapa negara di Eropah.

Mengambil contoh Iceland dan England, Nurul Izzah berkata, keputusan untuk membuka semula sektor ekonomi serta kemasukan pelancong luar di negara terbabit terbukti menyebabkan peningkatan kes harian COVID-19 dalam tempoh sebulan.

"Jadi, jangan kita buka atau beri kelonggaran secara terburu-buru, selain hanya meletakkan kebergantungan kepada vaksin semata-mata, tanpa mengambil kira aspek lain.

"Ia merangkumi keperitan rakyat dan situasi kesihatan awam, kerana tanpa penelitian menyeluruh, kita akan berdepan masalah seperti negara lain, seperti Iceland dan England,” katanya pada Sidang Khas Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau, Iceland telah mencapai tahap vaksinasi sebanyak 85 peratus, namun berdepan lonjakan kes apabila kerajaan negara itu bertindak membuka sempadan kepada pelancong luar.

"Kita kena bersedia. Ini realiti yang perlu dihadapi dan tidak boleh hanya bergantung kepada vaksin," katanya.

Sementara itu, Nurul Izzah berkata, kedatangan musim tengkujuh khususnya di Pantai Timur membangkitkan keperluan, untuk kerajaan merangka pelan tindakan bersesuaian, sebagai persediaan menangani kemungkinan wujudnya kluster di pusat pemindahan mangsa banjir.

“Kebimbangan mengenai aspek ini perlu dipandang serius kerana mangsa banjir terdiri dari pelbagai peringkat umur, dan individu berusia 18 tahun ke bawah buat masa ini masih belum menerima suntikan vaksin COVID-19 masing-masing,” katanya. – Getaran, 26 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 bulan yang lalu

Permohonan Pembatalan Sekatan Perjalanan Melalui E-Sekatan Perjalanan Bermula 4 Mac - LHDN

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Sidang Dewan Rakyat: Ahli Parlimen Lafaz Ikrar Rukun Negara

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Isu Berkaitan LTAT, Usaha Lindungi Undang-Undang Syariah Jadi Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Ikrar Rukun Negara Dilafaz Secara Penuh Di Dewan Rakyat Hari Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut