web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Permohonan Pembatalan Sekatan Perjalanan Melalui E-Sekatan Perjalanan Bermula 4 Mac - LHDN

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Apr 2024 5:04PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Permohonan pembatalan sekatan perjalanan boleh dibuat secara dalam talian bermula 4 Mac menerusi perkhidmatan e-Sekatan Perjalanan, menurut Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN).

e-Sekatan Perjalanan boleh diakses melalui Portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my/ atau melalui portal rasmi HASIL https://www.hasil.gov.my/ > My Tax > Perkhidmatan ezHasil > e-Sekatan Perjalanan.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan permohonan bagi pembatalan sekatan perjalanan hanya dibenarkan kepada pemohon yang memenuhi semua kriteria iaitu sekatan perjalanan melibatkan individu warganegara Malaysia.

Kriteria lain termasuk sekatan perjalanan yang dikenakan di bawah Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967; selain sekatan perjalanan yang dikenakan ke atas pengarah syarikat dan membuat bayaran penuh amaun tunggakan cukai.

Menurut kenyataan itu bagi tujuan bayaran penuh amaun tunggakan cukai, pemohon digalakkan menggunakan perkhidmatan ByrHASIL https://byrhasil.hasil.gov.my/HITS_EP/ atau menerusi perbankan internet bank terpilih dengan menggunakan Nombor Bil sekatan perjalanan.

LHDN memaklumkan permohonan yang layak akan diproses dalam tempoh lima hari dan status permohonan akan dimaklumkan melalui e-mel atau notifikasi peti mel MyTax pembayar cukai.

Permohonan pembatalan sekatan perjalanan juga boleh dilakukan dengan prosedur dan saluran sedia ada iaitu dengan menghubungi pejabat HASIL berhampiran atau HASIL Care Centre di talian 03-8911 1000. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Ekonomi 6 bulan yang lalu

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Tunggakan Cukai Pendapatan: Muhammad Shafee Perlu Bayar RM5.5 Juta Kepada LHDN

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Rosmah Kemuka Representasi Baharu Gugur 17 Pertuduhan

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Tunggakan Cukai Pendapatan: Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Najib, Anak

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia