web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Rosmah Kemuka Representasi Baharu Gugur 17 Pertuduhan

Semasa Dikemaskini 6 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2023 4:00PM

Isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor (dua, kanan) hadir di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini bagi pendengaran permohonannya untuk membatalkan 12 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM7,097,750 dan lima tuduhan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Datin Seri Rosmah Mansor telah mengemukakan representasi baharu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menggugurkan 12 pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM7,097,750 dan lima kesalahan gagal mengisytiharkan pendapatannya kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Peguam, Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin yang mewakili Rosmah memaklumkan kepada Hakim Mahkamah Tinggi K. Muniandy bahawa representasi dihantar semalam itu mempunyai isu serius yang perlu dipertimbangkan oleh Peguam Negara.

"Kami juga mohon pendengaran kes hari ini dilapangkan sementara menunggu keputusan representasi berkenaan. Pihak kami tidak berniat untuk menangguhkan kes ini," kata peguam itu.

Ini adalah representasi ketiga dihantar oleh isteri bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selepas representasi pertama dan kedua yang dikemukakan masing-masing pada 3 Mei dan 18 Ogos lalu masih belum diputuskan oleh AGC.

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Akram Gharib mengesahkan menerima representasi itu semalam dan memaklumkan kepada mahkamah bahawa representasi berkenaan belum ditaklimatkan kepada Peguam Negara.

"Representasi itu yang mengandungi isu serius (berhubung pertuduhan) perlu diteliti terlebih dahulu, selain kami juga tidak membantah permohonan pembelaan untuk melapangkan prosiding hari ini," katanya.

Hari ini ditetapkan untuk mendengar permohonan Rosmah bagi membatalkan kesemua pertuduhan dihadapinya.

Bagaimanapun, Hakim Muniandy tidak membenarkan penangguhan prosiding hari ini dan meminta pihak-pihak terlibat meneruskan dengan hujahan.

Sementara itu, dalam permohonan untuk membatalkan pertuduhan, peguam Amer Hamzah Arshad, yang turut mewakili Rosmah berhujah bahawa anak guamnya tidak akan mendapat perbicaraan yang adil kerana 17 pertuduhan dihadapinya adalah cacat dan mengelirukan.

"Pertuduhan berkenaan bertindan antara satu sama lain dan ia sebenarnya merujuk kepada kesalahan sama.

“Pertuduhan pertama hingga pindaan ke-12 (pengubahan wang haram) adalah kabur serta defektif kerana tidak menyatakan apakah aktiviti haram atau kesalahan predikat daripada mana hasil dikatakan telah diperoleh, manakala butiran dalam pertuduhan ke-13 hingga ke-17 (gagal isytihar pendapatan) mengelirukan,” kata peguam itu.

Pendengaran permohonan itu akan bersambung 16 Januari depan.

Rosmah memfailkan notis usul itu pada 4 Oktober 2020, memohon supaya beliau dilepas dan dibebaskan daripada kesemua 17 pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Rosmah, 72, didakwa melakukan perbuatan itu di Affin Bank Berhad, Cawangan Bangunan Getah Asli, Jalan Ampang di Kuala Lumpur antara 4 Disember 2013 dan 8 Jun 2017 serta di LHDN, Kompleks Bangunan Kerajaan, Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini, dari 1 Mei 2014 hingga 1 Mei 2018.

Perbicaraan bagi kes itu bermula pada 24 Ogos lalu dengan dua saksi telah dipanggil memberi keterangan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Najib Kawal Penuh Semua Aspek SRC - Bekas Pengarah

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Bapa Pukul 2 Anak Dipenjara 8 Bulan

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Kecuaian Perubatan: Bekas CEO PROLINTAS Terima Pampasan RM5.1 Juta

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Kerajaan Teliti Impak Sebelum Buat Keputusan Mengenai Rasionalisasi Subsidi RON95 - PM 

Semasa 3 jam yang lalu

Lelaki Dera Anjing Pernah Viral, Baling Kerusi Ke Arah Pelatih

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pelawak, Isteri Direman 2 Hari Bantu Siasatan Penyebaran Maklumat Dalaman IPD

oleh Wartawan Getaran

Semasa 15 jam yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

oleh Diyana Nawwar