web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tunggakan Cukai Pendapatan: Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Najib, Anak

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 Oct 2023 12:02PM

Mahkamah Persekutuan dalam penghakimannya memutuskan LHDN mengenakan cukai ke atas Datuk Seri Najib Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin dengan cara yang sama seperti yang dilakukan terhadap semua rakyat negara ini. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Datuk Seri Najib Tun Razak dan anaknya, Datuk Mohd Nazifuddin perlu membayar tunggakan cukai pendapatan, masing-masing berjumlah RM1.69 bilion dan RM37.6 juta, kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ini susulan keputusan panel lima hakim Mahkamah Persekutuan hari ini yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Abang Iskandar Abang Hashim yang menolak rayuan Najib dan Nazifuddin terhadap penghakiman terus yang dibuat terhadap mereka berhubung tunggakan cukai pendapatan.

Ketika membacakan keputusan, hakim Mahkamah Persekutuan, Tan Sri Nallini Pathmanathan berkata, LHDN mengenakan cukai ke atas kedua-dua perayu dengan cara yang sama seperti yang dilakukan terhadap semua rakyat negara ini.

“Perayu tidak dikhususkan untuk layanan diskriminasi atau diperlakukan dengan cara yang tidak diperuntukkan dalam Akta Cukai Pendapatan. Tiada asas bukti dalam rekod untuk menyokong perkara sedemikian.

“Oleh itu, tiada asas untuk dakwaan bahawa terdapat perlanggaran Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan,” katanya.

Hakim Nallini berkata, kedua-dua perayu masih boleh membawa kes mereka untuk penilaian semula di hadapan Pesuruhjaya Khas Cukai Pendapatan (PKCP).

“Bagaimanapun, adalah sama jelas daripada penelitian Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP) secara keseluruhan, bahawa ia bukanlah penentuan muktamad jumlah yang perlu dibayar dan tertunggak oleh pembayar cukai kerana Seksyen 99 (1) ACP masih tidak disentuh dan membolehkan pembayar cukai meneruskan rayuan melalui PKCP dan keseluruhan hierarki mahkamah,” katanya.

Hakim itu berkata, mengikut Seksyen 106 ACP, mahkamah perlu memenuhi tujuan mendapatkan semula atau kutipan sahaja.

“Ia tidak menjalankan peranan penghakiman kehakiman sepenuhnya. Kuasa kehakiman penuh tertangguh kepada rayuan yang timbul daripada keputusan PKCP melalui persoalan undang-undang, atau pentadbiran atau semakan kehakiman perlembagaan pada peringkat seterusnya.

“Ini selaras dengan kaedah pengenaan cukai 'bayar dahulu pertikai kemudian' yang ditetapkan kerajaan. Dalam alasan penghakiman penuh kami, kami telah meneliti kes-kes dari Afrika Selatan, Australia, Hong Kong dan Ghana. Jelas sekali bahawa mekanisme bayar dahulu pertikai kemudian yang wujud dalam ACP digunakan di seluruh dunia," tambahnya.

Menurut hakim itu lagi, Seksyen 106 (3) ACP mempunyai kaitan yang rasional dengan kutipan cukai secara cekap dan cepat kerana ia berfungsi untuk memastikan bahawa bagi tujuan penguatkuasaan seksyen itu menghalang perkara yang ditangguhkan kepada kaedah penyelesaian pertikaian yang ditetapkan dalam statut.

Beliau berkata ,kuasa semakan perlembagaan yang terkandung dalam Perkara 4 (1) Perlembagaan Persekutuan adalah instrumen yang sukar dan harus dikendalikan badan kehakiman dengan penuh berhati-hati.

“Sekiranya ia digunakan secara sewenang-wenang atau di mana tiada asas substantif untuk permohonannya, hasilnya boleh menyebabkan kerosakan yang besar.

“Dalam rayuan ini, ia boleh menjejaskan sistem pungutan cukai negara seperti yang diperuntukkan secara sah, dan menjejaskan fungsi kerajaan dan rakyat. Oleh itu, rayuan itu ditolak tanpa perintah mengenai kos,” tambahnya.

Hakim lain yang bersidang adalah Hakim Besar Malaya, Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah dan Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Abu Bakar Jais.

Ketua Peguamcara Hasil, Dr Hazlina Hussain mewakili LHDN, manakala Najib dan Mohd Nazifuddin, diwakili peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

Bekas perdana menteri dan anaknya merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus berhubung tunggakan cukai pendapatan.

Penghakiman terus adalah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan bertulis tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Dua Mahkamah Tinggi berasingan telah membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus untuk mendapatkan semula tunggakan cukai sebanyak RM1.69 bilion daripada Najib dan RM37.6 juta daripada Mohd Nazifuddin, untuk tempoh antara 2011 dan 2017.

Najib dan Mohd Nazifuddin gagal dalam rayuan di Mahkamah Rayuan pada September 2021 untuk mengetepikan penghakiman terus. Pada 10 Mei tahun lepas, Mahkamah Persekutuan memberi kebenaran kepada mereka untuk meneruskan rayuan ke Mahkamah Persekutuan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Permohonan Pembatalan Sekatan Perjalanan Melalui E-Sekatan Perjalanan Bermula 4 Mac - LHDN

2

Ekonomi 5 bulan yang lalu

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

3

Semasa 7 bulan yang lalu

1MDB: Dokumen Perbankan Tidak Diserah Kepada Pembelaan Kerana Tidak Relevan - Saksi

4

Semasa 7 bulan yang lalu

UMNO Tetap Dapatkan Pembelaan Untuk Najib, Harap PM Beri Kerjasama - Ahmad

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 21 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 13 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki