web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


1MDB: Dokumen Perbankan Tidak Diserah Kepada Pembelaan Kerana Tidak Relevan - Saksi

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Feb 2024 6:26PM

gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penguasa Kanan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memaklumkan Mahkamah Tinggi bahawa beliau tidak menyerahkan beberapa dokumen perbankan yang diperoleh dari dua negara kepada pembelaan Datuk Seri Najib Tun Razak kerana tidak relevan dengan siasatannya.

Nur Aida Arifin, 37, berkata dokumen terbabit diterima dari Hong Kong dan Switzerland melalui Bantuan Undang-Undang Bersama (MLA) bagi membantu siasatan kes 1Malaysia Development Berhad yang dihadapi bekas Perdana Menteri itu.

Saksi pendakwaan ke-49 itu berkata demikian ketika disoal balas oleh peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram dana RM2.3 bilion milik 1MDB yang dihadapi Najib.

Muhammad Shafee: Kenapa kamu tidak bekalkan kepada pembelaan sama ada ia relevan untuk pembelaan?

Nur Aida: Saya telah taklimatkan kepada pasukan pendakwaan kes ini dan pendakwaan bersetuju bahawa ia tidak relevan untuk kes ini.

"Saya terima dokumen dari Switzerland sebanyak enam kali bermula Mac 2019. Dokumen itu saya terima dalam bentuk cakera padat," kata saksi itu yang juga pegawai penyiasat kes 1MDB.

Muhammad Shafee: Adakah dokumen dari Switzerland dan Hong Kong diserah kepada pembelaan?

Nur Aida: Tidak kerana ia tidak relevan dengan kes ini.

Muhammad Shafee: Maksudnya kamu ada berbincang dengan pihak pendakwaan dan memutuskan dokumen ini tidak harus diberikan kepada pembelaan, betul?

Nur Aida: Ya.

Najib, 70, berdepan empat pertuduhan iaitu menggunakan kedudukan beliau untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah yang sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah bersambung 26 Februari ini. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

2

Semasa 5 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

3

Semasa 1 minggu yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

4

Semasa 1 minggu yang lalu

2 Bekas Pengasuh Mengaku Tidak Bersalah Dera Bayi Di Taska

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia