web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tunggakan Cukai Pendapatan: Muhammad Shafee Perlu Bayar RM5.5 Juta Kepada LHDN

Semasa Dikemaskini 9 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Dec 2023 12:14PM

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (tengah). gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini supaya membayar tunggakan cukai pendapatan lebih RM5.5 juta kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Pesuruhjaya Kehakiman, Roz Mawar Rozain memutuskan demikian selepas Peguam Kanan Hasil, Norhisham Ahmad memberitahu mahkamah bahawa jumlah akhir yang perlu dibayar oleh Muhammad Shafee ialah RM5,529,577.70.

“Pihak kami juga memohon kos RM10,000,” kata Norhisham yang turut dibantu Peguam Kanan Hasil, Muhammad Faqrol Syazreen Mohd Ghause.

Bagaimanapun, peguam Muhammad Farhan Muhammmad Shafee, yang mewakili bapanya selaku defendan memohon kos RM5,000.

Roz Mawar kemudian membenarkan kos RM10,000 kerana jumlah tersebut adalah munasabah.

Sementara itu, Muhammad Farhan memberitahu mahkamah, pihaknya akan mendapatkan arahan daripada anak guam sama ada akan merayu terhadap keputusan hari ini.

Pada 15 Disember lalu, mahkamah sama membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadap peguam itu.

Penghakiman terus adalah apabila mahkamah memutuskan kes melalui afidavit dan hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Pada 28 September 2021, LHDN memohon supaya samannya terhadap Muhammad Shafee, yang difailkan pada 6 Mei 2021 diputuskan melalui penghakiman terus atas alasan defendan gagal membayar tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM9,414,708.32 dalam tempoh ditetapkan.

LHDN mendakwa peguam itu gagal membayar jumlah cukai pendapatan yang terhutang bagi Tahun-Tahun Taksiran 2011, 2012, 2013, 2014 dan 2016 termasuk kenaikan ke atas jumlah yang dikenakan.

Pada 28 Oktober 2022, Mahkamah Tinggi di sini melepas dan membebaskan Muhammad Shafee daripada dua pertuduhan menerima hasil daripada aktiviti haram berjumlah RM9.5 juta daripada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan dua pertuduhan membuat penyata yang tidak betul kepada LHDN.

Pihak pendakwaan yang merayu terhadap keputusan mahkamah itu bagaimanapun menarik balik rayuan berkenaan pada 5 Disember lalu. Ini menyebabkan pembebasan Muhammad Shafee dalam keempat-empat kes itu kekal. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Permohonan Pembatalan Sekatan Perjalanan Melalui E-Sekatan Perjalanan Bermula 4 Mac - LHDN

2

Ekonomi 5 bulan yang lalu

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

3

Semasa 9 bulan yang lalu

Rosmah Kemuka Representasi Baharu Gugur 17 Pertuduhan

4

Semasa 11 bulan yang lalu

Tunggakan Cukai Pendapatan: Mahkamah Persekutuan Tolak Rayuan Najib, Anak

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 11 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 12 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki