web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


#PetraKasih, Promosi Percuma Bantu Peniaga Kecil Terkesan COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 10:00AM

Yusliza pernah dilanda kemurungan apabila terpaksa menutup restoran diusahakannya selepas mengalami lebih 80 peratus kemerosotan. - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pandemik COVID-19 yang melanda negara sememangnya memberi kesan dalam segenap ruang lingkup kehidupan, dan ia mencakupi semua lapisan masyarakat.

Tidak ada pihak atau individu perseorangan terlepas daripada menerima tempias dibawa virus berkenaan, yang turut memaksa seisi dunia mengubah gaya hidup bersandarkan kepada norma baharu.

Kehilangan pekerjaan, anak kematian ibu bapa, syarikat terpaksa menggulung tikar dan keluarga menjadi berantakan, itu hanya secebis kisah duka yang didengar di mana-mana sebaik ancaman COVID-19 mula tersebar di serata alam.

Bertitik tolak daripada semua kisah luka itu, Yayasan Vinod Sekhar tampil dengan inisiatif membantu golongan peniaga kecil, menerusi program dikenali sebagai #PetraKasih.

Datuk Dr Vinod Sekhar
Datuk Dr Vinod Sekhar

Memberi tumpuan kepada peniaga yang berdepan laluan sukar meneruskan kelangsungan hidup dek kemelut kewangan, inisiatif berkenaan turut memberi ruang kepada orang ramai yang terpaksa beralih kepada jualan kecil-kecilan apabila berdepan pemberhentian kerja.

Jurucakap yayasan ketika ditemui Getaran berkata, #PetraKasih adalah sebahagian daripada usaha mereka untuk menyumbang kepada masyarakat, demi kelangsungan hidup yang semakin menekan.

Menurut beliau, bantuan dihulurkan meski tidak seberapa, namun sedikit sebanyak membantu peniaga memasarkan jualan masing-masing sebelum ia berkembang ke skala lebih besar.

“Projek sulung #PetraKasih kami mulakan dengan membantu seorang wanita, yang terpaksa menutup restorannya dan beralih kepada sebuah gerai kecil di tepi jalan, apabila perniagaannya terjejas teruk susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 2.0 (PKP 2.0).

“Menghasilkan sejenis makanan dikenali sebagai Nasi Paka, peniaga berkenaan, Yusliza Mohammed Noor pernah dilanda kemurungan apabila terpaksa menutup restoran diusahakannya selepas mengalami lebih 80 peratus kemerosotan,” katanya.

Jurucakap berkenaan berkata, #PetraKasih memborong jualan Yusliza baru-baru ini untuk diagihkan kepada orang ramai, khususnya syarikat yang bernaung di bawah PETRA Group.

Salah satu juadah dari gerai Nasi Paka
Salah satu juadah dari gerai Nasi Paka

Kaedah itu katanya, memainkan peranan sebagai promosi tidak langsung untuk peniaga terbabit, apabila hasil jualan tersebut dinikmati oleh sebahagian besar petugas kumpulan syarikat tersebut.

“Bantuan ini tidaklah besar, tetapi sekurang-kurangnya membantu mereka meneruskan jualan harian, dan pada masa sama, menjadi punca rezeki kepada individu yang memerlukan makanan demi meneruskan kelangsungan hidup,” katanya.

Setiap minggu Yayasan Vinod Sekhar akan mengenal pasti mana-mana peniaga yang layak dibantu dan mereka akan dihubungi untuk membolehkan hasil jualan itu dibeli, jelas beliau lagi.

“Bagi tujuan ini, kami mengalu-alukan pencalonan orang ramai, jika anda merasakan ada peniaga yang layak dibantu. Kisah mereka akan kami promosikan oleh dua portal di bawah PETRA News, Getaran dan The Vibes.

“Yayasan Vinod Sekhar sehingga hari ini telah menyumbang lebih RM15 juta bagi membantu golongan memerlukan, termasuk komuniti Orang Asli, golongan kelainan upaya (OKU), warga emas, kanak-kanak, pelarian dan penduduk miskin tegar,” katanya.

Bantuan itu jelas beliau lagi, termasuk membina sebuah hospital bergerak bernilai RM7 juta bagi membantu kerajaan menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk masyarakat di luar bandar.

“Jika anda berminat atau mengenal pasti mana-mana peniaga yang layak dibantu, sila hubungi kami menerusi email editorgetaran@petragroup.net,” katanya.

Sementara itu Yusliza ketika ditemui berkata, beliau amat teruja apabila mendapat tahu gerai diusahakannya itu mendapat perhatian untuk dipromosikan sebagai perserta sulung program #PetraKasih.

“Sejujurnya saya memang terkejut apabila dihampiri petugas PETRA Group yang memborong hampir kesemua hasil jualan. Saya diberitahu ia adalah antara inisiatif dilancarkan Yayasan Vinod Sekhar untuk membantu peniaga kecil.

“Saya amat berharap juadah disediakan ini mampu menambat selera semua petugas di pejabat PETRA,” katanya, terharu. - Getaran, 27 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Sumbangan Syarikat Arak Untuk Sekolah: Pertahankan Prinsip Walau Diasak – Saraswati

2

Kisah Kita 3 bulan yang lalu

Hidap Kanser, Khalijah Mungkin Jual Rumah Diduduki Demi Kelangsungan Hidup

3

Selebriti 4 bulan yang lalu

Berdepan Masalah Jantung Kronik, Jay Jay Terima Sumbangan PM

4

Semasa 4 bulan yang lalu

PM Sampai Sumbangan Untuk Pelakon Nur Azifah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut