web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Berdepan Masalah Jantung Kronik, Jay Jay Terima Sumbangan PM

Bekas penyanyi kumpulan Carefree itu kini sedang menerima rawatan susulan di IJN

Selebriti Dikemaskini 3 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 06 Jun 2024 12:49PM

Ahmad Farhan Fauzi ketika menziarahi Jay Jay di IJN - Gambar X

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Penderitaan penggiat seni tanah air terus mendapat perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Terbaru, beliau mengarahkan Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi menziarahi penyanyi veteran, Jay Jay di Institut Jantung Negara (IJN).

Menerusi hantaran di Facebook, Perdana Menteri memberitahu, Jay Jay atau nama sebenarnya Mohd Fauzi Darus yang popular dengan lagu Rindu Bayangan berdepan masalah kesihatan kronik melibatkan jantung.

“Beliau kini sedang menjalani rawatan susulan di IJN.

“Saudara Farhan meluangkan masa mendapat makluman terkini terkait keadaan kesihatan beliau selain turut menyampaikan sedikit sumbangan dari pihak saya,” katanya.

Jay Jay menerima kunjungan Ahmad Farhan Fauzi - Gambar X
Jay Jay menerima kunjungan Ahmad Farhan Fauzi - Gambar X

Anwar melalui hantaran sama turut mendoakan kesihatan Jay Jay.

“Mendoakan saudara Jay Jay lekas diberi afiyah lantas dikurniakan kekuatan dan kecekalan, Insya-Allah,” katanya.

Sekadar info, Jay Jay mula mengukir nama sebagai seorang daripada tiga penyanyi kumpulan Carefree yang membuat penampilan sulung pada 1979.

Selain Rindu Bayangan, kumpulan berkenaan turut popular dengan lagu Kini Baru Kau Sedar dan Tiada Lagi Air Mata.

Carefree bagaimanapun mengumumkan perpecahan pada 1982, sebelum muncul kembali pada 2011. - Getaran, 6 Jun 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 2 minggu yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 2 minggu yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara