web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tidak Sekufu, Ku Li Minta Tukar Tempat Duduk

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jul 2021 3:16PM

Ku Li meminta supaya kedudukan kerusinya di Dewan Rakyat diletakkan di blok Bebas. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meminta supaya kedudukan kerusinya di Dewan Rakyat diletakkan di blok Bebas.

Beliau mendakwa tidak pernah mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) selama ini walaupun bernaung di bawah UMNO.

Dalam satu surat bertarikh 26 Julai kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun, Tengku Razaleigh atau Ku Li menjadikan perbezaan aliran sebagai alasan untuk memohon pertukaran tempat duduk itu.

"Saya belum mengetahui sama ada anggota-anggota Dewan Rakyat lain daripada parti saya sudah berurusan dengan Yang Dipertua mengenai tempat duduk mereka dalam Dewan Rakyat.

"Walau apa pun yang dilakukan oleh mereka ini, saya dengan suka hati mohon berpindah ke tempat lain yang sewajarnya, bersesuaian dengan semangat perjuangan Barisan Nasional (BN)/UMNO terutama sekali pengundi saya, ahli UMNO dan rakyat Malaysia supaya sedikit pun tidak boleh dianggap sebagai penyokong kerajaan gagal ini," jelas surat itu.

Difahamkan, salinan surat itu telah diserahkan kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Ahmad Maslan dan Pengerusi Majlis Ahli-Ahli Parlimen Barisan Nasional (BNBBC), Datuk Seri Najib Razak.

Tengku Razaleigh sebelum ini sering mengkritik pentabiran kerajaan Perikatan Nasional dan mempertikai tindakan Yang Dipertua Dewan Rakyat kerana dianggap membelakangkan perlembagaan negara.

Dalam susunan tempat duduk dalam Dewan Rakyat, Tengku Razaleigh diletakkan bersama-sama Ahli Parlimen UMNO yang lain di blok kerajaan. - Getaran, 27 Julai 2021.

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 13 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad