web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pembatalan Ordinan Darurat Menyalahi Undang-Undang - Pakar Perundangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 3:12PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pengumuman mengejut kerajaan pada Isnin tentang pembatalan retroaktif kesemua Ordinan Darurat berkuat kuasa 21 Julai telah mengundang persoalan kenapa keputusan tersebut baru dimaklumkan sekarang.

Terdapat tuduhan bahawa pembatalan dilakukan oleh pentadbiran Perikatan Nasional (PN) sebahagian daripada perancangan politik untuk menahan pembangkang dari mengkritik keputusan pemerintah tentang pengisytiharan darurat pada Januari untuk mengekang penyebaran COVID-19.

Berikutan dengan pengumuman tersebut, disusuli suara amarah Ahli Parlimen dalam Dewan Rakyat, adakah keputusan yang dibuat mengikut undang-undang?

Pakar perundangan memberitahu The Vibes yang keputusan untuk membatalkan ordinan melalui kuasa yang diberikan di bawah Artikel 150(3) mengikut Perlembagaan Persekutuan adalah melanggar undang-undang.

Peguam Datuk Seri Jahaberdeen Mohamed Yunoos, berkata keputusan kerajaan, yang dirahsiakan untuk beberapa hari, amat pelik dan tidak telus.

“Pokoknya adalah jika (pembatalan tersebut) tidak diwartakan, ordinan itu masih sah.

“Satu lagi persoalan adalah siapa yang membatalkannya? Kerajaan atau Yang di-Pertuan Agong?”

Beliau menarik perhatian kepada Bahagian 11 Ordinan Darurat (Kuasa Penting) 2021, yang menyebut bahawa Kabinet memegang kuasa eksekutif.

“Ordinan kini telah dibatalkan, tetapi Darurat masih dikuatkuasakan sehingga 1 Ogos. Siapakah kerajaan pentadbir kerana Klausa 11 telah dibatalkan?”

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan memberitahu Dewan Rakyat pada Isnin yang kerajaan telah membuat keputusan untuk membatalkan semua ordinan di bawah pengisytiharan darurat.

Beliau juga berkata, Putrajaya tidak akan menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk memanjangkan darurat selepas 1 Ogos.

Selepas dikecam oleh beberapa Ahli Parlimen, Takiyuddin mendedahkan pembatalan ordinan-ordinan tersebut bertarikh 21 Julai.

Seorang lagi peguam, Datuk Seri Rajan Navaratnam mengetengahkan kepentingan Artikel 150 dalam perlembagaan berkenaan dengan perkara tersebut.

Rajan Navaratnam
Rajan Navaratnam

Di bawah Artikel 150(2B) Agong boleh mengeluarkan peraturan jika Baginda merasakan ia diperlukan ketika situasi darurat, manakala Artikel 150(2C) menyebut yang ia masih perlu dikuatkuasakan sehingga ia ditarik balik atau dibatalkan.

“Tetapi apa yang penting adalah di bawah Artikel 150(2B), secara khusus menyatakan bahawa hal itu dapat ditarik balik atau dibatalkan hanya di bawah Artikel 150(3),” kata Rajan.

Dengan kata lain, Artikel 150(3) menetapkan yang pengisytiharan darurat dan ordinan mesti diajukan kepada kedua-dua Dewan Parlimen, dan tidak akan memberi kesan jika suatu resolusi diluluskan untuk membatalkan proklamasi tersebut.

“Dengan itu Artikel 150(3) ada dua implikasi penting,” kata Rajan.  

“Pertamanya, pengisytiharan darurat dibuat di bawah Artikel 150(1), dan ordinan-ordinannya yang dibuat di bawah Artikel 150(2B), harus dibentangkan di kedua-dua Dewan Parlimen.

“Dari segi undang-undang, adalah mandatori buat proklamasi darurat dibentangkan dan ordinan-ordinan yang dibuat dibentangkan di kedua-dua Dewan Parlimen.  

“Keduanya, apa-apa penarikan ordinan, jika dibuat sebelum kesemua ordinan dipersembahkan kepada kedua-dua Dewan Parlimen, hanya boleh dibuat oleh Agong dan pada masa yang sama Yang di-Pertuan Agong juga ada kuasa untuk membuat ordinan-ordinan yang lain,” katanya.

Beliau menambah, secara alternatif ordinan-ordinan tersebut juga boleh ditarik balik oleh Parlimen selepas proklamasi darurat dan kesemua ordinan tersebut telah dibentangkan di kedua-dua Dewan Parlimen.

Begitu juga, katanya, di bawah ordinan tersebut, undang-undang memperuntukkan yang ia mesti dibentangkan di Parlimen.

“Peraturan Kerajaan Persekutuan untuk Darurat (Kuasa-Kuasa Penting) 2021 dan Ordinan Darurat (Kuasa Penting) (No. 2) 2021 menyebut dengan khusus yang ordinan-ordinan harus dibentangkan di Parlimen mengikut Artikel 150(3) mengikut perlembagaan.”

Peguam Datuk Gurdial Singh Nijar juga memaklumkan bahawa pembatalan ordinan oleh Putrajaya adalah menyalahi undang-undang.

Pihak yang bertanggungjawab membuat ordinan di bawah darurat mempunyai kuasa untuk menarik ia balik, katanya.

“Dalam kes ini, pihak itu adalah Yang di-Pertuan Agong di bawah nasihat Perdana Menteri.”

Bila membatalkan undang-undang itu, ia mesti dilakukan sebelum atau pada masa penarikan itu, katanya.

Jika proses itu tidak diikut, apa-apa jenis pembatalan adalah melanggar undang-undang.” - Getaran, 28 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Basikal Raleigh Chopper Agong Antara Tarikan Pameran Raja Kita

2

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Agong Terima Menghadap Sheikh Al-Azhar

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Istiadat Pertabalan Agong Ke-17 Imbau Nostalgia Peribadi Sultan Ibrahim

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 15 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad