web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kadar Vaksinasi Negara Meningkat 124 Peratus - Khairy Jamaluddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 2:08PM

Lebih 50 peratus penduduk dewasa di Malaysia telah menerima satu dos vaksin COVID-19. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 53.3 peratus populasi dewasa di negara ini sudah menerima satu dos vaksin COVID-19, manakala 25.2 peratus daripada golongan itu sudah melengkapkan imunisasi masing-masing setakat semalam.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin berkata, ia mencakupi individu berusia 21 tahun ke atas.

Menurut beliau, seramai 12.49 juta atau 38.2 peratus penduduk berusia 18 tahun ke atas pula sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin COVID-19.

Katanya, daripada jumlah itu, seramai 5.9 juta atau 18.1 peratus menerima dos lengkap vaksin terbabit.

"Bagi petugas barisan hadapan dalam fasa pertama PICK, seramai 695,000 selesai dos lengkap, iaitu 195 peratus lebih tinggi daripada sasaran awal 500,000 orang.

 "Fasa kedua pula sehingga 25 Julai lalu, mencatatkan 93 peratus penduduk berusia 60 tahun ke atas yang sudah mendaftar menjadi penerima menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi penerangan pada Sidang Khas Mesyuarat Dewan Rakyat, hari ini.

Khairy berkata, kadar vaksinasi juga menunjukkan peningkatan 124 peratus sehingga 27 Julai 2021, berbanding purata harian yang dicatatkan pada bulan lalu.

Bagi Jun lalu, katanya, disasarkan 150,000 dos vaksin diberikan, tetapi purata harian yang dicapai adalah 169,000 dos sehari.

“Julai pula, PICK mensasarkan 300,000 dos vaksin diberikan sehari, namun sehingga semalam jumlah ini melebihi sasaran dengan purata 378,000 dos sehari," katanya.

Selain itu, Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, lebih setengah juta atau 553,871 dos vaksin diberikan semalam, menyaksikan jumlah vaksinasi harian melebihi 500,000 dos untuk dua hari berturut-turut, sejak kelmarin.

Jelasnya, daripada jumlah itu, sebanyak 356,112 adalah untuk dos pertama dan 197,759 bagi dos kedua.

“Sekiranya dibandingkan vaksin harian pada Februari sehingga Jun, sebanyak 8 juta diberikan dalam tempoh ini, manakala untuk Julai sahaja, kadar pemberian vaksinasi adalah 10 juta," katanya.

Sementara itu, Khairy berkata, jumlah keseluruhan dos vaksin diterima Malaysia setakat ini yang merangkumi perolehan kerajaan dan sumbangan negara luar adalah sebanyak 26,383,670.

Jumlah vaksin yang diterima daripada syarikat pembekal menerusi perolehan kerajaan, katanya, adalah sebanyak sebanyak 23,88 juta dos.

Sebanyak 1,085,790 dos daripada jumlah itu, jelas beliau lagi, diterima pada suku pertama, disusuli 8,906,530 dos pada suku kedua dan bakinya adalah jumlah vaksin diterima pada bulan ini.

“Malaysia juga menerima sumbangan vaksin daripada tiga buah negara pada Julai, iaitu Jepun yang menyumbangkan sebanyak 998,400 dos vaksin AstraZeneca, Amerika Syarikat (1,000,350 dos vaksin Pfizer) dan China (500,000 vaksin Sinovac),” katanya. – Getaran, 28 Julai 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 2 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 15 jam yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad